Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, mengesahkan skuad B-22 Indonesia bakal dibawa bagi menghadapi cabaran Piala ASEAN 2024.

Menyedari saingan Piala ASEAN bukan kejohanan di bawah kelolaan FIFA, ia akan menjadi cabaran untuk membawa pemain yang berpangkalan di Eropah untuk bermain bersama skuad kebangsaan dan Tae-yong berancang untuk menggunakan sebanyak mungkin pemain yang beraksi di Liga 1 sementara memberikan tumpuan kepada pemain yang meningkat naik dalam skuad B22.