Thailand terpaksa melupakan khidmat tiga pemain utama atas faktor tugasan bersama kelab masing-masing menjelang pertemuan perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Kemboja dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, esok.

Menurut media semasa Thailand, Buriram United memanggil semula pemain muda terbaik, Suphanat Mueanta, Pansa Hemviboon dan Seksan Ratree bagi menghadapi aksi Piala FA Thailand Mahasarakham SBT, petang ini.

Skuad kendalian Masatada Ishii bakal kehilangan tiga bintang tersebut yang merupakan tonggak penting juara bertahan itu menggapai tiga kemenangan sebelum ini.

Sekiranya berita yang dilaporkan itu benar, Kemboja memiliki kelebihan dan perlu bermain dengan kekuatan penuh untuk melancarkan serangan demi memenangi pertembungan terakhir itu.



Diingatkan, Kemboja berpotensi layak ke separuh akhir sebagai naib juara kumpulan jika mereka berjaya menumpaskan Thailand.

Sementara itu, tumpuan sudah semestinya terarah di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila Harimau Malaya mahu menewaskan Singapura untuk tebus maruah negara.

Tiada jalan mudah buat skuad bimbingan Pau Marti Vicente selain perlu menang dan menjaringkan sebanyak gol yang boleh.




Malaysia akan mempunyai peluang untuk mara jika mempunyai jumlah lebihan jaringan walaupun Kemboja juga turut melakar kejutan.

Thailand yang bermain di tempat sendiri sudah pasti tidak mempunyai masalah untuk bertemu Kemboja.

Dapatkan tiket sekarang di https://bit.ly/TiketAMEC24