Olympique Lyon mengumumkan Nabil Fekir akan kekal bersama pasukan selepas perbincangan untuk membawanya ke Liverpool menemui jalan buntu.
Perancang Perancis itu dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield selepas melalui kempen yang cemerlang musim ini dengan mencatat 18 gol di pentas Ligue 1 serta lapan bantuan jaringan.
Jumaat lalu, pihak kelab menafikan persetujuan telah dicapai bersama pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu untuk membawa masuk pemain berusia 24 tahun itu.
Fekir merupakan sebahagian daripada skuad Perancis yang sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Piala Dunia 2018 dan spekulasi perpindahannya semakin hangat apabila Presiden Persatuan Bolasepak Perancis (FFF), Noel Le Great, menjelaskan pemain itu telah melalui ujian kesihatan di kem latihan Clairefontaine Les Bleus, semalam.
Bagaimanapun, perpindahan itu tampak berakhir selepas pengumuman dilakukan oleh pihak kelab, awal pagi tadi.
"Pihak Lyon diberitahu bahawa perbincangan di antara Liverpool dan Nabil Fekir mengenai urusan perpindahan buat kapten pasukan itu tidak berjaya dan kami membuat keputusan untuk menamatkan proses itu," kata kenyataan kelab menerusi laman web rasminya.
"Walaupun Liverpool menjadikan perpindahan Fekir sebagai satu keutamaan dan kami turut dikaitkan dengan pasukan lain yang sama berminat dengan khidmat Fekir, pihak Lyon dengan berbesar hati menerima bahawa kapten kami akan mengetuai pasukan bagi musim 2018/19, apabila kami akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah menerusi tiket tempat ketiga liga."
Difahamkan, antara faktor yang merencatkan proses itu adalah sejarah kecederaan lutut Fekir, keinginan Lyon untuk menstrukturkan yuran perpindahan serta cubaan Liverpool untuk mengurangkan kos membawa masuk pemain tengah tersebut.
Penulis Jemputan
Sat Jun 09 2018
Piala EFL: Arsenal, Liverpool tunggu Manchester United di separuh akhir
Hatrik Gabriel Jesus pacu kemenangan Arsenal menewaskan Crytsal Palace 3-2 dalam pertembungan suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi tadi.
Piala EFL: Kecederaan Jota menakutkan Liverpool
Diogo Jota telah memberikan Liverpool satu lagi kegusaran dengan pengendalinya, Arne Slot mendedahkan penyerang itu diragui untuk pertembungan suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) di Southampton pada Khamis.
Lijnders dipecat sebelum Klopp mulakan tugas
Bekas pembantu jurulatih Liverpool, Pep Lijnders, dipecat sebagai ketua jurulatih RB Salzburg.
Slot tabik 10 pemain Liverpool berjuang hebat
Pengurus Liverpool, Arne Slot, mengakui keciciran dua mata berikutan tuan rumah terikat 2-2 dengan Fulham tetapi berbangga dengan usaha anak buahnya tengah malam tadi.
UCL: Jaringan tunggal Mohamed Salah bantu Liverpool benam Girona
Jaringan tunggal Mohamed Salah menerusi sepakan penalti dalam separuh masa kedua memacu Liverpool mengatasi Girona 1-0 sekali gus mengekalkan rekod 100% tanpa kalah untuk mengungguli Liga Juara-Juara UEFA (UCL), awal pagi tadi.
Selepas 4 tahun diselubungi kontroversi, David Coote akhirnya dipecat
Pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL), David Cootte secara rasmi dipecat selepas terpalit dengan isu kontroversi yang berlaku pada Julai tahun 2020.
EPL: Mac Allister pasang hasrat lihat Alexander-Arnold, Van Dijk, Mohamed Salah kekal di Anfield
Perancang tengah Liverpool, Alexis Mac Allister, berharap kelabnya itu dapat mengekalkan Trent Alexander-Arnold, Virgil Van Dijk dan Mohamed Salah di Anfield.
WSL: Manchester United belasah Liverpool 4-0
Manchester United dalam prestasi yang cukup cemerlang apabila mengatasi Liverpool 4-0 di Leigh Sports Village dalam saingan Liga Super Wanita (WSL).
EPL: Salah lanjut kontrak dua tahun di Liverpool
Mohamed Salah akan menandatangani kontrak baru yang akan mengekalkannya di Liverpool sehingga 2027.
Derby Merseyside: 'Keistimewaan' Mohamed Salah mampu julang Liverpool
Arne Slot berasa yakin keistimewaan Mohamed Salah mampu membantu Liverpol kembali di landasan kemenangan menjelang perlawanan Derby Merseyside berdepan Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), di Goodison Park, esok.
Martinez has 'grown to a higher level' for Inter despite Ballon d'Or snub
Martinez has improved for Inter
Dundee United 0-0 Celtic: League leaders draw first blank
Report: Dundee Utd 0-0 Celtic
LeBron lauds Lakers defence after sweeping Kings in two-game set
LeBron lauds Lakers defence
Root recalled for Champions Trophy and ODIs against India as injured Stokes misses out
Root in, Stokes out for England
Woods and son Charlie take share of PNC Championship lead after opening round
Woods and son lead PNC Championship
Leipzig suffer blow as Henrichs set for surgery on Achilles rupture
Henrichs faces surgery
Simeone points to substitutes after smash-and-grab win at Barcelona
Simeone hails Atletico super subs
Tatum earns Bird comparisons after 40-point triple-double inspires Celtics win
Tatum compared to Bird
'Usyk got a Christmas gift' – Fury feels 'robbed' after losing heavyweight title rematch
Usyk beats Fury in rematch
Barca's drop in form not normal, but Flick confident they will bounce back
Flick: Barcelona will bounce back