Penang difahamkan telah merehatkan ketua jurulatihnya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Menurut wartawam Astro Arena, legenda Kedah Darul Aman itu akan kembali menyertai barisan kejurulatihan skuad B-23 Harimau Kumbang pada Disember depan.

Buat masa ini, Pengarah Teknikal Penang, Merzagua Abderrazak, diberitakan akan mengambil alih peranan pengendali kelab utara itu buat seketika.