Bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan, memiliki pandangan tersendiri merujuk kepada kehadiran Pau Marti sebagai pilihan terbaik bagi menggantikan posisi Kim Pan-gon dan semua pihak perlu memberikan fokus kepada dua perkara.

Pertamanya, Pan-gon sendiri telah menetapkan standard yang cukup jelas sebaik selepas berjaya membawa skuad negara menjejaki kaki ke saingan Piala Asia tahun lalu.

Kedua pula, corak permainan skuad negara telah banyak berubah, andai perubahan bersifat mundur, ia merupakan signal yang cukup jelas bahawa Pau Marti mungkin bukan yang terbaik untuk menerajui skuad negara.

Tambahan pula, keberadaan Pau Marti di sisi Kim Pan-gon sebagai pembatu jurulatih dalam tempoh dua tahun setengah ini juga ibarat hasil daripada air tangan bersama.

"Mana-mana jurulatih yang mengambil tempat Pan-gon sekali pun, perkara paling penting adalah pemain itu sendiri yang dipanggil untuk membantu skuad kebangsaan perlu mengikut segala tektikal yang jurulatih mahukan.




"Memandangkan jurulatih lebih tahu dan mengenali strategi yang perlu dimainkan ketika perlawanan. Pemain perlu faham dan persembahkan semangat juang yang tinggi.

"Sebenarnya tiada banyak beza, Pan-gon juga banyak belajar daripada Pau Marti. Saya rasa apa yang dibawa Pan-gon ada pada Pau Marti. Tiada banyak perbezaan." katanya kepada Nadi Arena.