Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam proses memperkukuhkan struktur kejurulatihannya apabila bakal ada beberapa perlantikan jurulatih tempatan baharu termasuk tiga ketua jurulatih dari luar negara.

Keempat-empat ketua jurulatih ini bakal mengisi ruang itu dengan kepakaran masing-masing seperti jurulatih pecut, jurulatih balingan, jurulatih triatlon dan jurulatih kecergasan.

Pengarah teknikalnya, Robert Ballard, percaya dengan perkongsian kepakaran yang bakal berlangsung dalam tempoh yang ditetapkan dapat memacu kejayaan buat sukan olahraga negara.




"Kami mendapat pengesahan bahawa kami akan melantik beberapa jurulatih. Kami juga mempertimbangkan untuk menaik taraf program pembangunan bagi pelapis negara supaya dapat meningkatkan jumlah atlet.

"Usaha ini adalah kerana menyediakan masa depan sukan olahraga kepada lebih baik," katanya.