Yayasan yang dikenali sebagai Women’s Aid percaya kelab yang membenarkan pemain terus beraksi biarpun ketika berdepan dakwaan penderaan domestik telah menghantar mesej bahawa kes mereka tidak diambil serius.

Pemain sayap Manchester United, Antony, digugurkan oleh Brazil berikutan tuduhan beberapa kali melakukan pencerobohan fizikal terhadap bekas teman wanitanya, Gabriela Cavallin, sejak Januari lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu pantas menafikan isu terbabit dan telah membuat 31 penampilan sejak Cavallin melaporkan kes berkenaan kepada Polis Greater Manchester (GMP) awal tahun ini sambil United mengelak daripada memberikan sebarang ulasan.

“Penderaan rumah tangga berleluasa dalam masyarakat kita sementara semua majikan termasuk kelab bola sepak memerlukan dasar dan prosedur yang jelas tentang tindakan yang perlu dilakukan apabila dakwaan dibuat terhadap pekerja mereka,” kata Women’s Aid dalam satu kenyataan kepada agensi berita, PA.

A post shared by Antony Santos (@antony00)



“Apabila pelaku yang didakwa adalah pemain bola sepak berprofil tinggi, kita menerima maklumat daripada mangsa yang terselamat daripada penderaan domestik ini bahawa kesannya terhadap peminat bola sepak dan masyarakat adalah meluas memandangkan mereka menonton aksi pemain ini yang diraikan di atas padang. Ia petunjuk bahawa dakwaan terhadap pemain tidak diambil serius oleh kelab.

"Jaminan ancaman adalah penting dalam kes ini dalam usaha memastikan keselamatan semua orang yang terlibat sepanjang prosiding dijalankan."