Datuk Ong Kim Swee mengakui bahawa dia tidak gentar dengan tekanan yang bakal diberikan fanatik Persis Solo pada musim ini.

Bagi Kim Swee, tekanan adalah sebuah kemestian dalam saingan bola sepak. Jangankan saat kalah, saat menang sekalipun, selalu ada tekanan dan kerana itu Ong merasa tidak khuatir.

"Dalam bola sepak, pastinya akan selalu ada tekanan, sama ada ketika menang atau kalah. Jadi yang penting adalah saya memahami bahawa para penyokong yang menginginkan kejayaan," katanya.

"Itu tentu merupakan keutamaan kita. Saya harus menerima tekanan di mana dalam bola sepak, ada hasil yang mengecewakan, tetapi bukan bermaksud kita akan terus kecewa."

Yang paling penting, kata Ong, adalah bangkit dari situasi yang tidak kondusif. Segala situasi yang terjadi di dalam pasukan sebelum ini harus dijadikan motivasi terbaik.

"Terutama, kita harus bangkit apabila kita menerima hasil tidak baik," ujar bekas ketua jurulatih Malaysia yang memimpin Sabah FC sebelum ke Persis ini.

Saat ini Persis berada di kedudukan 16 dalam saingan Liga 1 2024/2025 buat sementara waktu. Laskar Sambernyawa merupakan nama timangan Persis, Berjaya menang dua kali dari 11 perlawanan.