Menjelang kehangatan jendela perpindahan keluar-masuk pemain bagi aksi Liga Super 2024/2025, Sabah juga tidak ketinggalan untuk mengesahkan kehadiran semula bekas penyerang sensasi kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahmanbagi kembali berbakti bersama-sama Sabah FC.

Pemain berusia 32 tahun itu ditawarkan kontrak bermain dan berlatih bersama pasukan Sabah FC bawah 23 tahun (B23)​ menjelang persiapan untuk mengahrungi saingan MFL bagi edisi akan datang.

Menurut kenyataan yang dihebahkan di laman Facebook Sabah FC, hasrat Rozaimi Abdul Rahman untuk menabur bakti bersama kelab negerinya iaitu Sabah FC adalah diumpamakan bagai sirih pulang ke gagang.

Pengarah, Sabah FC, Mohd Joh Hj Wid bagaimana pun berkata Sabah FC dan Rozaimi mencapai kata sepakat apabila beliau hanya akan bermain dan berlatih bersama-sama pasukan MFL U23 Sabah FC.