Shaiful Shamsudin
Wed Jul 15 2020
Bintang Houston Rockets, James Harden, tiba di Orlando, Florida, sebentar tadi -- lima hari lewat berbanding rakan sepasukannya -- menjelang saingan NBA yang akan bersambung semula.
The Rockets, yang tidak menyatakan alasan ketidakhadiran Harden, menyiarkan satu video di Twitter mengenai ketibaan Harden di persekitaran kampus itu.
Pemain yang enam kali tersenarai dalam kesebelasan Terbaik NBA selain muncul Pemain Paling Bernilai 2018 itu perlu mengasingkan diri dan membuktikan keputusan negatif dalam beberapa siri ujian calitan COVID-19 sebelum dia dibenarkan menyertai rakan sepasukannya.
Ketibaan Harden itu berlaku sehari selepas rakan sepasukannya, Russell Westbrook, mengumumkan bahawa dia positif pandemik berkenaan.
Westbrook menjelaskan 'saya dalam keadaan sihat, dikuarantin dan tidak sabar-sabar lagi untuk bergabung semula dengan rakan sepasukan sebaik saya dibebaskan'.
Harden menerajui NBA dengan purata 34.4 mata dalam setiap perlawanan sebelum saingan musim ini ditangguhkan sejak 12 Mac lalu.
Houston sudah mengesahkan tempat dalam aksi play-off manakala terikat di tempat kelima di samping Oklahoma City Thunder dalam saingan Western Conference, kekurangan satu perlawanan daripada Utah Jazz.
The Rockets dijadualkan akan kembali menyambung perjuangan musim ini menentang Dallas, hujung bulan ini.
Sementara itu, peluang Sacramento Kings untuk mencapai peringkat play-off semakin tipis selepas Harrison Barnes diuji positif di Florida biarpun tidak menunjukkan sebarang gejala.
NBA: Rockets ambil khidmat bekas ketua jurulatih Celtics, Ime Udoka
Houston Rockets melengkapkan kesepakatan untuk menjadikan Ime Idoka sebagai ketua jurulatih francais itu, demikian dilaporkan pelbagai sumber media.
NBA: Curry rekod 57 mata bertemu Mavericks
Stephen Curry menyertai Wilt Chamberlain sebagai satu-satunya pemain Golden State Warriors untuk merekodkan 55 mata lebih daripada sekali dalam satu musim , namun pasukannya tewas kepada Luka Doncic dan Dallas Mavericks 134-32 dalam saingan NBA hari ini.
Harden mula temui sentuhan
James Harden berasakan persembahannya 'baik-baik sahaja' ketika Houston Rockets tewas 128-126 kepada Portland Trail Blazers.
NBA: Perlawanan ditunda gara-gara protes selepas Jacob Blake ditembak
Kesemua tiga perlawanan playoff NBA awal pagi tadi ditunda gara-gara protes susulan insiden penembakan Jacob Blake di Amerika Syarikat.
NBA: Harden lewat lapor diri bersama Houston Rockets
Bintang Houston Rockets, James Harden, tiba di Orlando, Florida, sebentar tadi -- lima hari lewat berbanding rakan sepasukannya -- menjelang saingan NBA yang akan bersambung semula.
Nashville SC v CF Montreal: Smith knows strugglers must make home comforts count
Preview: Nashville v Montreal
Houston Dynamo v St. Louis City: Carnell eager to get going after extended break
St. Louis City travel to Texas to face the Houston Dynamo on Saturday.
Chicago Fire v New England Revolution: Acosta says composure key for misfiring hosts
Preview: Chicago Fire v New England
Vancouver Whitecaps v Austin FC: Sartini hails 'special' White ahead of enticing BC Place meeting
Sartini hails White ahead of Austin
Real Salt Lake v Sporting Kansas City: Mastroeni lauds team effort of Western Conference leaders
Mastroeni lauds Salt Lake
Hoffenheim 1-1 RB Leipzig: Kramaric denies visitors after Simons red card
Report: Hoffenheim 1-1 RB Leipzig
Alcaraz withdraws from Italian Open, Rublev to meet Auger Aliassime in Madrid
Alcaraz to miss Italian Open
Luton Town 1-1 Everton: Hatters squander opportunity to climb out of relegation zone
Report: Luton 1-1 Everton
Lakers fire coach Darvin Ham after swift first-round exit
Lakers fire Ham after 2 seasons
Everyone wants to beat Leverkusen, says Alonso ahead of Frankfurt clash
Alonso: Everyone wants to beat us