AUGSBURG 2 BAYERN MUNICH 1
Julian Nagelsmann kecewa apabila Bayern Munich tewas mengejut kepada Augsburg dalam perlawanan Bundesliga awal pagi tadi sambil mempersoalkan usaha sepasukan anak buahnya dalam situasi bertahan.
Bayern amat dominan hampir keseluruhan perlawanan tetapi tewas 1-2 selepas Mads Pedersen dan Andre Hahn meletakkan Augsburg di depan sebelum Robert Lewandowski merapatkan jurang menjelang separuh masa.
Pada ketika Bayern menguasai hampir keseluruhan aksi dalam babak kedua, mereka tetap gagal membolosi gawang lawan yang dikawal kemas penjaga gol, Rafal Gikiewicz.
Penjaga gol Bayern, Manuel Neuer, gagal menyelamatkan tandukan Hahn biarpun sudah membaca gerakan bola itu tetapi Nagelsmann menyalahkan usaha bertahan sepasukan sebagai punca mereka tewas.
"Kami dibolosi dengan cara yang sama sepanjang musim ini," kata Nagelsmann kepada DAZN.
"Kami sudah berbincang mengenainya semalam dan hari ini, kami masih dibolosi dengan cara yang sama.
"Pihak lawan tidak memiliki momen yang benar-benar hebat dan masih dapat menjaringkan dua gol. Ia perkara sama yang berlaku ketika kami berdepan Frankfurt.
"Saya fikir perkara paling penting adalah jika anda tidak dapat melakukan banyak serangan dalam satu perlawanan, anda perlu lebih stabil di bahagian belakang. Satu kesilapan akan memberikan impak kepada yang lain.
"Secara keseluruhan, kami tidak mencipta cukup peluang dan tidak melakukan percubaan ke arah gol yang mencukupi," katanya.
Muzaffar Musa
Sat Nov 20 2021
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan -- Afandi
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah, menganggap keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung keahlian KAFA sebagai mengelirukan dan mengecewakan.
Saya sayang awak Malaysia! -- Giancarlo Gallifuoco
Pemain import berpengalaman Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, meluahkan rasa cintanya terhadap Malaysia selepas hampir empat tahun bermain dalam kancah Liga Super Malaysia bersama kelab tersebut.
Mengenang tragedi tsunami 2004: Anak angkat Cristiano Ronaldo di Indonesia diangkat sebagai duta
Anak angkat Cristiano Ronaldo yang berasal Indonesia, Martunis Ronaldo, diangkat sebagai Duta Kemanusiaan Global bagi pelantar digital, Disaster and Climate Technology Hub di UIN Ar-Raniry, Aceh.
Piala AMEC: Ini ucapan kapten Singapura sebelum singkir Harimau Malaya
Ucapan kapten Singapura, Hariss Harun, dalam bilik persalinan sebelum aksi berdepan Harimau Malaya mencuri perhatian.
Kau fikir kau siapa? -- Cristiano Ronaldo menangis dimarahi Alex Ferguson
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, berkongsikan kembali kenangan ketika rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo, dimarahi jurulatih hingga menyebabkan pemain itu menangis dalam bilik persalinan.
EPL: Saya tahu apa yang saya lakukan -- Jelas jurulatih Manchester United
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, menegaskan ketiadaan Marcus Rashford tidak menganggu pasukannya dengan dia menjelaskan tidak bercakap mengenai komennya baru-baru ini yang mencadangkan dia meninggalkan Old Trafford.
Pemenang jersi Harimau Malaya dengan tandatangan pemain akan diumumkan esok!
Pengumuman pemenang sehelai jersi Harimau Malaya yang ditandatangani barisan pemain kebangsaan sempena Kejohanan Bola Sepak Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 akan diumumkan esok (Khamis).
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Legenda Manchester United, Ruud Van Nistelrooy, berkongsikan pengalamannya ketika tiba di Malaysia buat pertama kali dalam siri jelajah pasukannya itu pada 2001.
Bergson masih mampu jadi peledak berbisa Harimau Malaya
Peledak import berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva diyakini masih mampu memberikan impak kepada skuad negara sekiranya pemain itu dinaturalisasikan.
'Nak makan ikan besar, umpan Harimau Malaya perlu besar'
'Nak makan ikan besar, umpan kena besar' - itu adalah realiti yang semua orang perlu fahami bahawa jika keperluan pemain berdarah warisan mahu dijadikan sebagai antara kekuatan penting skuad revolusi Harimau Malaya bermula 1 Januari 2025.
Hurzeler delighted by 'whole package' Wieffer
Preview: Brighton v Brentford
Mudryk to 'disconnect' from Chelsea amid FA investigation
Chelsea's Mudryk to 'disconnect'
Oscar makes return to Brazil with Sao Paulo
Oscar back in Brazil
Maresca believes Fernandez is growing in stature at Chelsea
Enzo delighted with Fernandez
Sensational Sinner heads into 2025 on top of the world
Sinner's stellar 2024 in numbers
South Africa will 'pull together' for ICC Champions Trophy
Walter confident in South Africa
Kerr sees plenty of potential in 'elite' Kuminga
Kerr hails 'elite' Kuminga
Redick: Lakers must avoid turnovers in Christmas clash with Warriors
Redick: Lakers must avoid turnovers
Liverpool need no extra motivation for Leicester game, says Gakpo
Preview: Liverpool v Leicester
'I don't care about Christmas' - Amorim fully focused on getting Boxing Day win
Preview: Wolves v Man Utd