Mikel Arteta menegaskan kematangan Arsenal yang kian meningkat sebagai faktor utama dalam memacu cabaran mereka dalam perebutan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang pertemuan dengan Brighton, tengah malam ini.

Kemenangan di Stadium Amex itu akan menyaksikan The Gunners menamatkan saingan di puncak liga sementara pendahulu, Liverpool, pula bakal turun malam esok.

20 tahun terakhir ini merupakan tempoh terpanjang kemarau gelaran sejak mereka muncul juara buat julug kalinya pada 1930-31.

Dua dekad yang lalu menyaksikan Arsenal acap kali dihampakan dalam aspek psikologi dalam mengintai gelaran liga.

Prestasi mereka sering merundum teruk terutama ketika musim bunga. Pada awal 2008, mereka mendahului carta dengan enam mata pada lewat Februari sebelum berakhir di tempat ketiga, sementara musim 2009-10 dan 2010-11 turut menyaksikan mereka mudah kehilangan mata.

Pada 2013-14, mereka menghabiskan lebih banyak hari di puncak liga berbanding pasukan lain, namun masih menduduki tempat keempat dan musim lalu mereka kembali dominan untuk sebahagian besar kempen sebelum dipintas oleh Manchester City pada April.

Bagaimanapun, dengan baki lapan perlawanan, Arteta yakin sesuatu telah berubah.

"Kami telah matang," katanya.



“Mereka telah menemui rentak mereka sendiri, kepimpinan mereka sendiri dan cara menguruskan perkara tertentu.

“Mereka tahu kami sentiasa ada untuk menyokong. Kami membimbing mereka, anda perlu sentiasa berwaspada bahawa apa yang anda jangkakan berlaku sedang berlaku. Mereka adalah sebuah kumpulan yang hebat, mereka mudah ditangani.

“Ia mengenai kepercayaan. Budaya di mana semua orang sangat jelas tentang apa yang kami saling harapkan antara satu sama lain; di mana semua orang melakukan apa yang diharapkan sama ada saya berada di sana dan apabila saya tiada di sana, apabila seseorang melihat atau apabila mereka tidak melihat.

“Kepercayaan perlu dibina setiap hari. Anda boleh mengalami insiden atau situasi, anda boleh hilang kesemuanya.

"Ia memerlukan usaha yang tinggi untuk membinanya. Itulah sebabnya kami perlu menerapkan setiap hari dan saya memerlukan individu yang bagus.”