Bintang Piala Dunia, Kylian Mbappe, kekal tenang dan bersedia mengulangi aksi cemerlangnya ketika pusingan kedua apabila Perancis berdepan Uruguay bagi saingan suku akhir malam ini, kata Hugo Lloris.
Mbappe menjaringkan dua gol dan mendapatkan satu sepakan penalti ketika mempamerkan persembahan cemerlang untuk membantu Les Bleus menundukkan Argentina 4-3 di Kazan.
Permainan pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu mengundang pelbagai pujian di seluruh dunia, termasuk legenda Brazil yang menjadi pemain muda terakhir mengutip dua gol dalam satu perlawanan Piala Dunia pada 1958, Pele.
Lloris menegaskan rakan sepasukannya itu sedar akan keperluannya untuk membuktikan kemampuan di pentas tertinggi tetapi tidak terbeban dengan harapan yang diberikan.
"Dia(Mbappe) masih pemain yang sama, menjadi diri sendiri, sentiasa tersenyum dan tenang," kata Lloris.
"Dia merupakan pemain dengan cita-cita tinggi, mampu memberikan sumbangan besar buat pasukan, sama ada untuk PSG atau Perancis. Mbappe memiliki masa depan yang cerah dan dalam masa sama, dia sedar bahawa apabila peluang tiba, dia perlu menggunakan kesempatan itu, melakukan apa sahaja agar tidak terlepas.
"Dia bersedia membantu pasukan. Saya rasa seluruh dunia menyaksikannya menyinar sewaktu menentang Argentina kerana dia sangat fokus," ujarnya.
Dalam masa sama, Lloris juga memuji permainan Paul Pogba yang semakin matang setelah turut menampilkan permainan bertenaga semasa menghadapi Argentina.
"Dia semakin matang, berkembang dan ternyata telah meraih pengalaman bersama Manchester United dan Juventus.
"Pogba juga berkembang di dalam bilik persalinan, muncul sebagai ketua sebenar dan bercita-cita besar.
"Kita semua tahu bahawa dia seorang pemain yang berbakat dan mampu menyumbang kepada pasukan serta rakan sepasukan.
"Kejohanan ini menjadi medan terbaik untuk mempamerkan bakat dan ia digunakan sebaik-baiknya oleh Pogba."
Penyerang Uruguay, Edinson Cavani, dilihat bergelut untuk turun beraksi menentang Perancis akibat kecederaan tetapi Lloris menegaskan bahawa pasukannya melakukan kesilapan besar jika memandang rendah lawan walaupun tanpa kelibat penyerang utama PSG itu.
"Cavani adalah simbol buat PSG. Dia menjaringkan banyak gol. Dia adalah pemenang, ketua, sangat dihormati di Perancis sebagai pemain dan juga sebagai seorang lelaki kerana sifatnya.
"Sudah pasti Cavani dan Luis Suarez merupakan salah satu gandingan serangan terbaik ketika ini tetapi saya harus mengatakan sekali lagi, Uruguay adalah pasukan yang sukar untuk serangan balas serta tidak mudah untuk mengekang mereka," tambah Lloris.
Penulis Jemputan
Fri Jul 06 2018
Paul Pogba kembali ke Man United?
Bekas pemain akademi Manchester United, Paul Pogba, dilaporkan akan kembali ke Manchester United selepas menamatkan kontraknya secara persetujuan dengan Juventus.
Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak
Juventus dan Paul Pogba telah bersetuju untuk mencapai persetujuan untuk membatalkan kontrak pemain tengah itu selepas dia digantung kerana gagal dalam ujian doping.
Saya bukan penipu -- Pogba mahu kembali ke lapangan
Paul Pogba menegaskan bahawa dia bukan seorang penipu tetapi mengakui perlu bertanggungjawab atas kegagalannya dalam ujian doping yang mengakibatkan dia digantung sehingga hari ini.
Paul Pogba tolak bersara awal walaupun digantung empat tahun
Bintang Juventus, Paul Pogba, menegaskan bahawa dia tidak akan bersara dari kancah bola sepak walaupun terpalit dengan penggantungan doping selama empat tahun.
EURO 2024: Paul Pogba hadir di Dusseldorf tanda sokongan buat Perancis
Bekas bintang Manchester United, Paul Pogba, dilihat hadir untuk memberikan kata-kata semangat buat penyokong Perancis yang berada di Dusseldorf untuk menyaksikan pasukan itu menentang Belgium, awal pagi ini.
Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun
Pemain tengah Juventus dan Perancis, Paul Pogba berkata dia 'sedih, terkejut dan patah hati' selepas digantung daripada bola sepak kerana kesalahan doping.
Doping: Juventus ambil langkah pertama ke atas Paul Pogba
Pemain tengah Juventus, Paul Pogba, telah digantung sementara oleh tribunal anti-doping kebangsaan Itali selepas memulangkan sampel yang diragui.
Serie A: Juventus kukuh kedudukan empat teratas tapi Pogba cedera lagi
Juventus kian menghampiri kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas menewaskan Cremonese dalam perlawanan Serie A di Stadium Allianz awal pagi tadi.
Serie A: Allegri tidak pasti bila Pogba dapat kembali beraksi
Massimiliano Allegri tidak pasti bila Paul Pogba akan dapat kembali beraksi selepas pemain tengah itu sekali lagi mengalami kecederaan.
UEL: Allegri pantau kecergasan Pogba menjelang pertemuan dengan Freiburg
Kecergasan Paul Pogba akan dinilai menjelang pertemuan Liga Europa Juventus dengan Freiburg awal pagi esok, dengan pemain tengah itu masih mengintai permulaan pertamanya sejak kembali ke Bianconeri.
Dyche sees Everton's confidence growing ahead of Forest clash
Preview: Everton v Forest
Rice hopes 2025 'brings trophies' for Arsenal after narrow Ipswich win
Rice hopes 2025 'brings trophies'
Kings fire coach Mike Brown in third season
Kings fire coach Mike Brown
Frank and Hurzeler disagree on 'fair result' as Brentford hold Brighton
Hurzeler irked by Brentford draw
Arsenal 1-0 Ipswich Town: Havertz strike sends Gunners second
Report: Arsenal 1-0 Ipswich
Brighton 0-0 Brentford: Hosts frustrated as Bees pick up rare away point
Report: Brighton 0-0 Brentford
Ronaldo backs Man Utd to 'rise again' under Amorim
Ronaldo: Man Utd will 'rise again'
Postecoglou eyeing Tottenham reinforcements in transfer window
Ange: Spurs need reinforcements
Stoke part company with head coach Pelach
Pelach departs Stoke
Slot hails 'outstanding leader' Van Dijk despite lack of contract update
Slot hails Reds 'leader' Van Dijk