Muzaffar Musa
Mon May 15 2023

JUVENTUS 2 CREMONESE 0
Juventus kian menghampiri kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas menewaskan Cremonese dalam perlawanan Serie A di Stadium Allianz awal pagi tadi.
Bagaimanapun, kemenangan itu dicemari dengan satu lagi kecederaan yang melanda tonggak tengah, Paul Pogba.
Dengan separuh daripada tumpuan mereka dibahagikan untuk pertemuan separuh akhir Liga Europa (UEL) menentang Sevilla awal pagi Jumaat ini, Massimiliano Allegri melakukan tujuh perubahan dalam kesebelasan utamanya, termasuk menyenaraikan Paul Pogba pada awal permainan buat kali pertama sejak kepulangannya ke Turin.
Namun, Pogba hanya dapat bertahan selama 24 minit sebelum dikeluarkan dan dia kelihatan menangis sewaktu meninggalkan padang kerana menyedari dia mungkin sedang mengalami kecederaan pinggul.
Bagaimanapun, ketiadaannya tidak menjejaskan permainan Juve untuk seorang lagi pemain tengah, Nicolo Fagioli, memecahkan keampuhan benteng Cremonese menerusi rembatan derasnya pada minit ke-55.
Bremer kemudian menanduk masuk gol kedua Juve pada lewat permainan untuk pasukan itu kini berkelebihan lapan mata di depan pasukan di tangga kelima, AC Milan, berbaki tiga perlawanan musim ini.
Sebagai rekod, Pogba hanya dapat melakukan enam penampilan Serie A musim ini dengan secara keseluruhan beraksi selama 84 minit.

EPL: Steve Cooper kecewa dengan pengadil selepas Forest terikat dengan Brentford
Pengurus Nottingham Gorest, Steve Cooper, berasakan ia satu lagi hari buruk buat Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) selepas beberapa keputusan kontroversi pengadil berlaku ketika pasukannya terikat 1-1 dengan Brentford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground malam tadi.

EPL: Liverpool masih tak puas hati dengan PGMOL
Liverpool mengkritik Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) dan memberikan amaran bahawa mereka akan "mengkaji setiap pilihan yang ada" berikutan kontroversi penggunaan video bantuan pengadil (VAR) ketika tewas di tangan Tottenham awal pagi semalam.

EPL: Mykhailo Mudryk cuba sehabisnya sesuaikan diri di Chelsea
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, berkata Mykhailo Mudryk sedang menunjukkan usaha yang keras untuk menyesuaikan diri dengan hidup di England dan memenuhi potensinya sebagai pemain unik selepas permulaan sukarnya di Stamford Bridge.

Serie A: Juventus, Atalanta terikat tanpa jaringan di Bergamo
Juventus dan Atalanta berkongsi mata selepas terikat tanpa jaringan dalam perlawanan Serie A di Bergamo malam tadi.

EPL: Nicolas Dominguez pastikan Forest ikat Brentford dengan 10 pemain
Nicolas Dominguez menjaringkan gol pertamanya untuk membantu Nottingham Forest mengikat Brentford 1-1 dengan 10 pemain dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground malam tadi.

Serie A: Lautaro Martinez masuk sebagai pemain gantian ledak empat gol bantu Inter Milan belasah Salernitana
Lautaro Martinez masuk daripada bangku simpanan sebelum menjaringkan kesemua gol Inter Milan ketika menewaskan Salernitana 4-0 dalam perlawanan Serie A di Salerno awal pagi tadi.

EPL: Rob Edwards amat bangga dengan kemenangan pertama Luton
Rob Edwards meluahkan rasa bangganya selepas Luton Town meraih kemenangan pertama ketika menewaskan Everton awal pagi tadi.

Ligue 1: PSG terikat tanpa jaringan dengan Clermont
Paris Saint-Germain (PSG) menghadapi kesukaran berdepan bekas penjaga gol dari akademi mereka, Mory Diaw, ketika terikat 0-0 dengan pasukan tercorot Ligue 1, Clermont, di Stade Gabriel Montpied awal pagi tadi.

Bundesliga: Harry Kane bantu kebangkitan Bayern Munich ikat RB Leipzig
Harry Kane muncul wira ketika Bayern Munich bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat RB Leipzig 2-2 dalam perlawanan Bundesliga di Arena Red Bull awal pagi tadi.

EPL: Jurgen Klopp persoal kredibiliti pegawai VAR selepas gol Liverpool dinafikan
Pengurus Liverpool, Jurgen Klop,p mempersoalkan kredibiliti pegawai VAR selepas Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) berjanji akan menyiasat keputusan menafikan jaringan Luis Diaz sewaktu kekalahan dramatik 1-2 kepada Tottenham dalam kasi Lig Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Jamie Carragher says VAR at a ‘crisis point’ after Liverpool offside controversy
Liverpool had a Luis Diaz goal incorrectly ruled out for offside during Saturday’s Premier League defeat at Tottenham

Morant allowed to travel, practise with Grizzlies during suspension
NBA informs Grizzlies that Morant is able to be with team throughout his 25-game suspension.

Arsenal suffer travel delays ahead of Champions League tie in Lens
Mikel Arteta’s side face Lens in their Group B clash at the Stade Bollaert-Delelis on Tuesday night.

Carlo Ancelotti: Real Madrid’s Jude Bellingham ‘showing all of his quality’
Bellingham, 20, scored his eighth goal in eight appearances in all competitions for Real in Saturday’s 3-0 LaLiga win at Girona.

Thomas Tuchel urges Bayern Munich to ‘stick with the positive things’
Bayern travel to Denmark to face Copenhagen in the Champions League.

Simone Inzaghi warns Inter Milan must match Benfica’s high intensity
Inter beat the Portuguese side at the quarter-final stage last season.

Steven Davis ‘very honoured’ to become Rangers interim boss
Michael Beale was sacked by Gers on Sunday following Saturday’s humiliating 3-1 defeat at home to Aberdeen.

England complete World Cup preparations with rain-affected win over Bangladesh
England start the defence of their World Cup trophy against New Zealand on Thursday.

Francis Lee’s career in pictures
The former Manchester City and England striker has died at the age of 79.

Francis Lee: Manchester City great turned toilet paper tycoon
Lee scored 148 goals in 330 appearances for City.