Erik Ten Hag yakin momentum cemerlang Manchester United tidak akan terjejas dek kecederaan lutut dialami Lisandro Martinez.

Pemain pertahanan Argentina itu dipaksa keluar pada separuh masa kedua kemenangan The Red Devils ke atas West Ham hujung minggu lalu dan bakal berdepan dua bulan tempoh berehat selepas mengalami kerosakan ligamen di lutut kanannya.

Ia hanya perlawanan keempat Martinez di belakang selepas tempoh yang panjang kerana isu kecederaan berulang, dengan United memenangi tiga daripada perlawanan tersebut dan seri satu.


“Tidak dinafikan ini adalah satu langkah ke belakang, sudah tentu. Licha kembali beraksi, anda lihat sumbangannya kepada pasukan ketika bermain, selain kemahiran teknikal juga mentalitinya,” kata Ten Hag.

“Ia adalah satu langkah ke belakang yang besar untuk Licha, dia sangat kecewa mengenainya tetapi dia seorang pejuang. Dia akan kembali lebih kuat dan kami fikir dia akan kembali pada penghujung musim jadi ada perlawanan untuk dimainkan.

“Sebagai sebuah skuad, kami perlu menggantikannya dan kami mempunyai pemain yang sangat bagus dalam posisi itu yang boleh bermain di sana dan akan bermain di sana. Sebagai sebuah skuad kami perlu menghadapinya.”

"Kami mempunyai pilihan, bagaimana untuk menangani kedudukan itu," kata pengendali kelahiran Belanda itu.

“Kami mempunyai bahagian tengah yang bagus dalam skuad kami. Yang lain semua tersedia, Luke (Shaw) boleh bermain juga di sana.

“Saya cukup yakin kita boleh meneruskan proses ini, bahawa orang lain boleh memenuhi jawatan itu dan turut menyumbang, bermain di peringkat tinggi. Pemain-pemain itu berpengalaman dan pemain yang sangat bagus jadi terpulang kepada mereka sekarang.”