Pengendali Manchester United, Erik ten Hag, mengakui pasukannya masih 'rapuh' walaupun menang 2-1 ke atas Luton Town.

Penyerang Denmark, Rasmus Hojlund, menjaringkan dua gol di awal permainan membantu Man United meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 21 tahun itu membuka jaringan dalam masa 36 saat untuk menjadi pemain termuda yang menjaringkan gol dalam enam perlawanan EPL berturut-turut.

Hojlund pantas menggandakan kelebihan pasukan pelawat, sebelum Carlton Morris menjaringkan gol pada minit ke-14 untuk namun tiada jaringan tambahan terhasil hingga tamat 90 minit.

Walaupun Man United tidak tewas dalam tujuh perlawanan kompetitif, Ten Hag percaya pasukannya masih boleh meningkatkan prestasi mereka di Kenilworth Road.

Ten Hag memberitahu wartawan, "Rapuh [ada masanya], kerana kami tidak mengambil peluang, saya fikir kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol. Selepas 2-0 ada peluang besar untuk Rashford dan Garnacho, ia mungkin boleh menjadikan kedudukan 3-0, 4-0.

"Selepas separuh masa mereka sudah tentu meningkatkan tekanan. Kami terlepas beberapa peluang yang sangat besar dan kami sepatutnya menjaringkan gol dan kami mengetahui hakikatnya.

"Cara kami bermula adalah sempurna dan itulah cara kami mahu melakukannya, ia adalah pelan permainan yang sempurna tetapi satu-satunya perkara yang kami tidak lakukan adalah lebih klinikal di hadapan gol. Kami mesti menjaringkan lebih banyak gol kerana hari ini kami boleh telah menjaringkan lima gol dengan mudah."