Skuad muda hoki lelaki negara mengesahkan tempat ke Piala Dunia Remaja 2025 di India selepas mengakhiri Kejuaraan Hoki Piala Remaja Asia dalam kelompok empat terbaik di Muscat, semalam.

The Young Tigers terpaksa akur apabila tewas tipis 1-2 kepada Jepun dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat dengan jaringan tunggal anak buah I. Vikneswaran hadir menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Mohammad Harris Iskandar Osman minit ke-23.






Dalam pada itu, skuad hoki wanita remaja berpeluang untuk mencipta sejarah layak secara merit buat kali pertama ke Piala Dunia Hoki Remaja 2025 sekiranya beraksi cemerlang di Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2024 yang akan membuka tirai Sabtu ini.