Kelibat pemain yang berpangkalan di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin, menjalani latihan, sambil, menyarung jersi Selangor mencetus tanda tanya dengan status pemain tersebut bakal kembali ke Malaysia.

Prestasi positif yang dinanti-nantikan peminat bola sepak tanah air oleh Luqman bersama kelab Belgium, KV Kortrijk, masih belum tiba dengan dia telah dipinjamkan ke kelab Iceland, Njardvik sebelum ini bagi untuk mendapatkan minit permainan.

Selepas tamat tempoh pinjaman, Luqman Hakim kembali bersama Kortrijk namun terus gagal mendapat peluang beraksi bersama pasukan itu.

Menerusi instagram selangorfans_official, yang memuat naik gambar pemain kelahiran Kelantan itu menjalani latihan sambil menyarung kit Selangor musim 2022.

A post shared by Selangor Fans Official ®️ (@selangorfans_official)


Rata-rata penyokong mahu menyaksikan Luqman kembali menyarung jersi Selangor dan bergandingan bersama bintang pasukan, Faisal Halim di jentera serangan skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

Namun ketika terdapat spekulasi yang melibat Faisal bakal ke Selatan tanah air bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), kemungkinan kehadiran Luqman mungkin bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas pemain Terengganu FC itu.



Bagaimanapun, menerusi maklumat yang diperoleh Astro Arena, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) ketika ini tidak memiliki sebarang perancangan untuk mendapatkan khidmat Luqman.