Liga divisyen satu Thailand mengumumkan penambahan kouta pemain import bagi setiap pasukan bermula musim depan.

Seluruh kelab dibenarkan menandatangani sebanyak tujuh pemain luar negara bagi mengisi kekosongan tersebut.

Lebih menarik, tiada had pendaftaran pemain daripada Asia Tenggara (ASEAN) di samping dua pemain itu boleh diturunkan dalam satu masa untuk mewakili pasukan menentang lawan.



Selebihnya, mereka juga boleh mendapatkan khidmat pemain import serata dunia untuk mencabar kejuaraan selain mewujudkan persaingan di antara kelab dan pemain tempatan.

Sudah tentu perkara itu memberi manfaat yang besar kepada pasukan yang akan bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) untuk berlawan dengan kelab handalan dunia.