KEDAH DARUL AMAN 0 SELANGOR 1
Selangor menandakan perlawanan pertama Abdi Hassan sebagai pengurus interim dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman dalam perlawanan Liga Super di Alor Setar sebentar tadi.
Abdi dilantik sebagai pengendali sementara The Red Giants bagi menggantikan Nidzam Jamil, yang melepaskan jawatannya pada Rabu lalu.
Dalam perlawanan pertamanya, Abdi mencipta kejutan apabila menyenaraikan Faisal Halim, yang menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu, dalam kesebelasan utamanya.
Kepercayaan itu dibalas Faisal dengan kerap mengucar-kacirkan pertahanan lawan dari sebelah kiri dan hampir mendapatkan sepakan penalti pada awal permainan.
Bagaimanapun, gol tunggal perlawanan itu hanya tiba dalam babak kedua hasil jaringan pemain gantian, Aliff Izwan Yuslan, dalam babak kedua.
Aliff Izwan, yang masuk menggantikan Faisal dalam babak kedua, hanya memerlukan dua minit untuk mencetuskan impak apabila merembat masuk lintangan Ahmad Zikri Khalili dari sebelah kiri untuk menewaskan Ifwat Akmal Chek Kassim.
Kemenangan itu menyaksikan Selangor melebarkan jurang di tangga kedua liga dengan 29 mata, enam mata di atas pasukan di tangga ketiga, Sabah, yang memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Kedah, dalam pada itu, berada di tangga ke-10 dengan 13 mata.
Muzaffar Musa
Sat Nov 02 2024
Liga Super: Selangor menang tipis di Alor Setar
Selangor menandakan perlawanan pertama Abdi Hassan sebagai pengurus interim dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman dalam perlawanan Liga Super di Alor Setar sebentar tadi.
Liga Super: PDRM-Perak kongsi satu mata di Selayang
PDRM sekadar mencatatkan empat mata dalam empat perlawanan terakhir susulan sekali lagi mencatatkan keputusan seri bertemu Perak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.
Terkini Liga Super: Aksi Sri Pahang-Kuching City ditangguhkan ekoran cuaca buruk di Temerloh
Perlawanan Liga Super di antara Sri Pahang dan Kuching City terpaksa ditangguhkan ke tarikh baru ekoran cuaca buruk dan keadaan padang tidak mengizinkan di Stadium Temerloh.
Matthew Davies teruja peluang bertemu semula Kim Pan-gon
Kejayaan menundukkan Negeri Sembilan menghadirkan kepuasan kepada barisan pemain skuad Harimau Selatan.
Liga Super: Terengganu dambakan rentak kemenangan
Pemangku jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali, meletakkan harapan yang tinggi supaya kemenangan menumpaskan Penang sebagai pencetus kebangkitan skuad Peteh.
Itu pasal bola sepak Malaysia bermasalah -- TMJ
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tidak menolak sangkaan bahawa bola sepak Malaysia mengalami masalah oleh beberapa individu yang sedang mengemudi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
WSL: Manchester United tekad bukti status pencabar liga menjelang bertemu Arsenal
Liga Super Wanita (WSL) kembali selepas rehat antarabangsa dengan pertembungan sengit menanti di antara Manchester United dan Arsenal.
Liga Pro Saudi: Milinkovic-Savic pastikan rekod tanpa kalah Al-Hilal kekal
Sergej Milinkovic-Savic memastikan rekod tanpa kalah Al-Hilal pada permulaan musim Liga Pro Saudi kekal susulan tandukkan berjaya memastikan juara bertahan itu seri 1-1 dengan berdepan Al-Nassr semalam.
Liga Super: Terengganu tamat kemarau kemenangan atasi Penang
Terengganu menamatkan kemarau lapan perlawanan tanpa kemenangan apabila menewaskan Penang 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi.
Liga Super: JDT benam Negeri Sembilan di Paroi
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memungut tiga mata penuh dalam Liga Super Malaysia selepas memperoleh kemenangan berdepan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.
Southampton 1-0 Everton: Late Armstrong strike seals Saints' first win
Report: Southampton 1-0 Everton
Nottingham Forest 3-0 West Ham: Wood fires again as visitors get hammered
Report: Forest 3-0 West Ham
Ipswich Town 1-1 Leicester City: Late Ayew strike denies hosts first win
Report: Ipswich 1-1 Leicester
Liverpool 2-1 Brighton: Salah stunner seals comeback win to send Reds top
Report: Liverpool 2-1 Brighton
Bournemouth 2-1 Manchester City: Cherries end worst record in English football with shock victory
Report: Bournemouth 2-1 Man City
Bayern Munich 3-0 Union Berlin: Kane nets twice in easy Bundesliga win
Report: Bayern 3-0 Union Berlin
Barcelona boss Flick calls for LaLiga suspension after Spanish floods
Flick wants LaLiga halted
Simeone: It makes no sense to play after Spanish floods
Simeone questions decision to play
Zverev matches Sinner to reach Paris Masters showpiece
Zverev reaches Paris Masters final
Verstappen's lead cut as Norris claims first sprint race victory
Norris triumphs in Sao Paulo sprint