Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Ir. Shahelmey Yahya, bersetuju untuk menambah seorang lagi pemain import bagi memperkuatkan jentera serangan skuad The Rhinos.

Namun, identiti penyerang itu akan diumumkan secara rasmi sebaik proses pemilihan selesai dan didaftarkan selepas jendela perpindahan dibuka pada penghujung bulan ini.




Pihak pengurusan juga akan melantik penolong ketua jurulatih, Alto Linus, sebagai ketua jurulatih Sabah II (B-23).

Dalam pada itu, khabar angin berkenaan status Saddil Ramdani yang meninggalkan pasukan itu, dia menjelaskan bahawa kelab masih belum ada menerima sebarang tawaran rasmi.

Malah, menyeru agar penyokong terus memberikan sokongan buat pasukan dan pemain dalam untuk memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super 2024/2025.