Atletico Madrid menandatangani penjaga gol Monaco, Benjamin Lecomte, secara pinjaman semusim.

Pemain berusia 30 tahun itu akan menjadi sokongan kepada Jan Oblak selepas sah akan mewakili pasukan juara bertahan LaLiga itu semalam.

Lecomte mengalami kecederaan sewaktu pramusim dan Alexander Nubel dipilih penggantinya selaku penjaga gol utama Monaco sebaik tiba daripada Bayern Munich.

Pemain yang pernah mewakili Montpellier dan Lorient itu melakukan 60 penampilan buat pasukan Ligue 1, Monaco, dan merekodkan 20 perlawanan tanpa bolos.

Dia menandatangani kontrak lima tahun sewaktu tiba di Principality daripada Montpellier pada 2019.