Artem Dovbyk menjaringkan hatrik dalam masa tujuh minit aksi babak pertama untuk membantu Girona membelasah Sevilla 5-1, sekali gus kembali ke tangga teratas LaLiga awal pagi tadi.
Girona kini berkelebihan satu mata di atas Real Madrid, yang memiliki satu perlawanan dalam tangan, selepas pencabar terdekat itu menewaskan Almeria 3-2 dalam perlawanan lebih awal.
Sevilla terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah dengan jaringan Isaac Romero pada minit ke-10 tetapi Dovbyk memberikan respons dengan tiga jaringannya menjelang minit ke-20.
Viktor Tsygankov dan Cristhian Stuani turut menemui sasaran buat Girona, masing-masing pada minit ke-56 dan 89.
? Això és ?????? ? pic.twitter.com/pcuUFNXgiu
— Girona FC (@GironaFC) January 21, 2024