MADRID 2 CELTA VIGO 0

Thibaut Courtois menegaskan Real Madrid tidak akan sama sekali berputus asa untuk menghambat pendahulu LaLiga, Barcelona, dan secara dramatik mengekalkan gelaran mereka.


Ia menuntut kemunduran Barcelona dan kemenangan tekal daripada Madrid untuk mengubah situasi di puncak liga utama Sepanyol itu.

Walaupun Madrid menang 2-0 ketika menumbangkan Celta Vigo, awal pagi tadi, dalam usaha mengurangkan pendahuluan Barcelona kepada lapan mata sementara pasukan Catalan itu akan turun menentang Atletico Madrid di tempat sendiri, malam ini.

Sekiranya Barcelona menang, maka jurang pendahuluan mereka akan kembali kepada 11 mata dengan baki lapan pusingan perlawanan.




Walaupun tewas, pendahuluan Barcelona kekal utuh sebagai pilihan utama.

Namun, Madrid tidak melihat sebab untuk berputus asa dengan penjaga gol, Courtois, memberitahu penyiar DAZN: "Kami akan berjuang sehingga perlawanan terakhir hingga secara matematiknya ia menjadi mustahil."