REAL MADRID 1 SEVILLA 0
Luka Modric menggamit zaman kegemilangannya apabila menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan untuk Real Madrid menewaskan Sevilla 1-0 dalam perlawanan LaLiga di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Jaringan kemenangan itu turut menafikan kepulangan gemilang Sergio Ramos di gelanggang Los Blancos berkenaan.
Modric, pada usia 38 tahun, dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-75 dan hanya selepas enam minit, dia mempamerkan kawalan menakjubkan ketika menerima bola daripada tandukan lemah Loic Bade sebelum melakukan penyudah lencong dari jarak 20 ela.
Bagaimanapun, gol berkenaan dirundung kontroversi apabila pemain Sevilla berasakan Antonio Rudiger terlebuh dahulu berada di kedudukan ofsaid dalam pembinaan jaringan itu, di mana pengadil gantian, Carlos Fernandez, menegaskan bahawa pemain Jerman berkenaan tidak mengganggu permainan dalam keadaan itu.
Ramos sudah pasti menjangkakan dia dapat mendaftarkan rekod tanpa bolos buat Sevilla dalam kepulangannya ke Madrid, kelab di mana dia melakukan 671 penampilan dan memenangi 22 kejuaraan utama dari 2005 hingga 2021, tetapi harapan itu dimusnahkan bekas rakan sepasukannya, Modric.
Kemenangan itu menyaksikan Madrid kian gah di tangga teratas LaLiga dengan 65 mata, lapan mata di atas pencabar terdekat dan seteru tradisi, Barcelona.
Muzaffar Musa
Mon Feb 26 2024
Unifi Piala Malaysia: Sabah ke separuh akhir walau buntu di Likas
Sabah layak ke separuh akhir Unifi Piala Malaysia meskipun terikat tanpa jaringan dengan Kuching City dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Likas sebentar tadi.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Sabah lawan Kuching City
Sabah akan melayani kunjungan Kuching City bagi pertembungan suku akhir kedua Unifi Piala Malaysia di Stadium Likas malam ini.
Pengurus Besar Perak umum lepas jawatan
Pengurus Besar Perak FC, Neow Choo Seong, mengumumkan untuk melepaskan jawatannya dalam pasukan itu berkuat kuasa 1 Januari ini.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap -- TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, memberikan maklum balas mengenai pemain Newcastle United, Isaac Hayden, yang dikhabarkan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia seperti yang tular di media sosial. Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut menjelaskan bahawa dirinya hanya diminta untuk membantu kerajaan Malaysia, Kementeria Be
Tetamu Nadi Arena: Kelana United Juara LWN 2024!
Tetamu Nadi Arena hari ini akan menampilkan juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 iaitu Kelana United bersama pemain dan jurulatih pasukan itu hari ini.
LaLiga: Ancelotti optimis Kylian Mbappe sudah kembali temui rentak
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya kritikan diri Kylian Mbappe telah meningkatkan kembali prestasinya di Los Blancos selepas melalui tempoh masa yang mencabar di Kota Sepanyol itu.
EPL: Kami akan cuba untuk menang -- Kata jurulatih Manchester United
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, menggesa pasukannya untuk kekal fokus dan segera melupakan kekalahan 0-3 kepada Bournemouth di Old Trafford, awal pagi tadi.
Piala Cabaran: Selangor mara ke separuh akhir
Selangor mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Cabaran 2024/25 selepas menang agregat 8-1 ke atas Kelantan Darul Naim.
EPL: Dimana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira -- Mohamed Salah
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, teruja selepas memecahkan dua rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kemenangan besar membenam Tottenham Hotspur 6-3 di tempat lawan, awal pagi tadi.
EPL: Bournemouth malukan Manchester United di Old Trafford
Manchester United terpaksa akur tewas kepada Bournemouth 0-3 ketika di bawah kendalian Ruben Amorim dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford, malam tadi.
Draper confident of challenging Sinner and Alcaraz in 2025
Draper confident ahead of 2025
Newcastle in ‘much better place’ ahead of festive fixtures, says Howe
Preview: Aston Villa v Newcastle
France cannot 'be afraid of anyone' in tough Euro 2025 group, says Mateo
Mateo: France can't be afraid
LaLiga strugglers Valencia sack head coach Baraja
Valencia part ways with Baraja
'We will find a way' - Guardiola determined to get Man City out of slump
Preview: Man City v Everton
Nuno tempers Forest's top four expectations ahead of Tottenham reunion
Nuno tempers top four chances
Monza part ways with head coach Nesta after dismal Serie A start
Monza confirm Nesta sacking
Arteta confirms Arsenal injury blow as Saka ruled out for 'many weeks'
Arteta confirms Saka injury blow
Carragher: Real Madrid move could tarnish Alexander-Arnold legacy
Carra: Madrid move not good for TAA
Ferrari principal prepared to 'take risks' in 2025 F1 championship fight
Vasseur ready to take risks