Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, mencipta sensasi apabila sudah memperoleh hampir 50 juta pengikut kurang daripada seminggu selepas membuka akaun YouTube.

Sebelum ini, dia turut memecahkan rekod dunia langganan selepas memperoleh langganan terbanyak dalam tempoh sejam.



Sejak 21 Ogos lepas hingga semalam, seramai 51.3 juta pengikut telah Subscribe akaunnya itu sekali gus melakar 70 akaun paling banyak diikuti di dunia.