Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek, menyifatkan Penganjuran Liga Bola Sepak KPM Edisi Ke-16 berlangsung dengan jayanya.

Dengan kelahiran beberapa bintang Liga Super yang juga pernah beraksi dalam kejohanan ini seperti Faisal Halim dan Safawi Rasid , ini menjadi bukti bahawa Liga Bola Sepak KPM merupakan salah satu platform terbaik untuk cungkil bakat muda negara.

Fadhlina juga tidak menolak mungkin akan ada penambahbaikan yang akan dilakukan untuk program pembangunan bola sepak di bawah KPM demi masa depan bola sepak negara.

Fadhlina yang ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, memaklumkan bahawa beliau berpuas hati dengan potensi yang ditampilkan oleh semua pemain dalam perlawanan akhir itu.

Dia berkata: “Memang sentiasa ada pemain berbakat dalam pertandingan ini sebab itu kerjasama untuk pertandingan ini bermula di peringkat sekolah, daerah, dan juga negeri, seterusnya peringkat kebangsaan."

Tambahnya lagi, “dan kita juga mendapat sokongan penuh daripada FAM dan juga KBS untuk penganjuran-penganjuran program ini dalam pelan pembangunan bola speak negara juga kita terlibat penuh untuk memastikan bahawa bakat-bakat dan potensi ini terus kita perkukuhkan,”

“bagi perlawanan ini saya rasa sangat baik sekali, sangat menarik pada mala mini, kita lihat bagaimana penguasaan padang, skill dan juga potensi -potensi yang saya fikir banyak yang akan lihat selepas ini.

“dan kita nak selepas ini sebaik sahaja mereka tamat sekolah disambut pula persatuan-persatuan bola speak supaya bakat dan potensi mereka ini dapat dilonjakkan lagi.”