Malaysia merekodkan kemenangan 3-1 ke atas Laos dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium PAT, Bangkok, Thailand sebentar tadi.
Malaysia memasuki perlawanan yang berlangsung di gelanggang neutral itu dengan kelebihan daripada segi rekod pertemuan, kali terakhir mereka melakar kemenangan 5-0 ke atas Laos.
Dan ia terbukti apabila Malaysia membuka jaringan seawal minit kelima menerusi tandukan Harith Haiqal Adam Afkar yang melengkapkan hantaran Nooa Laine.
Bagaimanapun, Malaysia terpaksa akur dengan kesilapan yang terhasil membuka ruang buat Kydavone Souvanny menyamakan kedudukan buat Laos.
Separuh masa kedua Malaysia lebih tenang mengawal permainan, ditambah cuaca yang semakin baik membantu melancarkan corak permainan skuad negara.
Deretan peluang demi peluang dihasilkan Malaysia untuk mendapatkan gol kedua, yang akhirnya terhasil menerusi sepakan penalti yang disudahkan oleh Stuart Wilkin pada minit ke-64.
Gol tersebut ternyata memberikan keyakinan dalam corak permainan pasukan bimbingan Pau Marti apabila Laos seperti sukar untuk mencipta gerakan.
Malaysia hampir dibolosi buat kali kedua apabila hantaran jauh Laos gagal dibaca Syihan namun penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berjaya menafikan peluang pasukan lawan.
Gol ketiga skuad negara terhasil sekali lagi menerusi sepakan penalti yang diledak oleh Sergio Aguero pada minit ke-82 sekaligus memastikan Malaysia mengekalkan rekod cemerlang ke atas Laos.
Ammar Hakim
Thu Nov 14 2024
Dua penalti Malaysia lebur momentum Laos lakar kejutan
Malaysia merekodkan kemenangan 3-1 ke atas Laos dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium PAT, Bangkok, Thailand sebentar tadi.
Separuh masa: Kesilapan mudah benarkan Laos ikat Malaysia
Malaysia terikat 1-1 dengan Laos dalam aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium PAT, Bangkok, Thailand.
Kesebelasan utama Malaysia lawan Laos: Syafiq Ahmad diberi kepercayaan sebagai penyerang utama!
Malaysia menurunkan kesebelasan utama yang cukup mantap dalam usaha memperoleh kemenangan ke atas Laos dalam aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium PAT, Bangkok, Thailand sebentar lagi.
Info Siaran Malaysia bertemu Laos
Perlawanan antarabangsa Malaysia bertemu Laos bakal bermula tidak lama lagi, sama-sama kita beri sokongan buat Harimau Malaya!
Ini antara rekod pertemuan terakhir Malaysia bertemu Laos
Skuad Harimau Malaya bakal turun bertemu Laos dalam aksi perlawanan antarabangsa malam ini, mari kita lihat lima rekod pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan.
TMJ punyai visi besar untuk bola sepak Asia, Asia Tenggara -- Erick Thohir
Ketua Umum Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir, berkongsikan pandangannya mengenai Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tengku Ismail Sultan Ibrahim, yang mempunyai visi jelas dalam kemajuan bola sepak di Asia Tenggara dan Asia.
EPL: Isu yang perlu Amorim selesaikan segera dalam Manchester United
Mengambil tampuk kepimpinan selaku pengurus sebuah kelab yang sedang menjalani prestasi yoyo yang sering menjadi sasaran kritikan baik kawan mahupun lawan sudah pastinya bukanlah sesuatu yang mudah buat Ruben Amorim.
Liga Super: Penang umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru
Penang, dalam satu kenyataan sebentar tadi, mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.
Persahabatan antarabangsa: Info siaran langsung, live streaming Malaysia lawan Laos
Skuad bola sepak negara akan menghadapi Laos dalam satu perlawanan antarabangsa tier 1 di Stadium PAT, Bangkok malam esok.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT sahkan kejuaraan tewaskan Selangor dengan agregat 2-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) III menjuarai saingan Piala Presiden 2024 selepas keputusan agregat 2-1 membawa kepada kemenangan menewaskan Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, sebentar tadi.
Man City's clash with Chelsea will decide WSL title, suggests Taylor
City face potential title decider
Haaland and Gyokeres 'not a priority' for Barcelona, says Deco
Striker 'not a priority' for Barca
Cabal becomes second Juventus defender to suffer ACL injury
Juve's Cabal suffers ACL injury
WSL title race: Man City out to halt Bompastor's perfect Chelsea start
WSL title race: Chelsea face City
Laporte 'would listen to call' from Real Madrid
Laporte would listen to Madrid call
Steward and Van Poortvleit among England changes for Springboks Test
England makes four changes for SA
ATP Finals: Comeback win keeps Fritz in semi-final contention
ATP Finals: Fritz beat De Minaur
Ranieri comes out of retirement to take charge of Roma
Ranieri appointed Roma boss
LeBron will retire when time is right after latest piece of history
LeBron makes retirement admission
McIlroy boosts Race to Dubai hopes with early lead in DP World Tour Championship
McIlroy boosts Race to Dubai hopes