Hari ini, dunia bola sepak mengucapkan selamat tinggal kepada seorang ‘mahaguru’ sejati dalam sukan yang cukup indah ini.
Empunya nama David Silva, bermula dari padang yang penuh debu ke pentas paling megah, keindahan gaya permainan dan semangat wajanya meninggalkan memori indah untuk semua penyokong serta pemain yang pernah menyaksikannya beraksi.
Perjalanan Silva bermula pada 2004 sewaktu dia tiba di kelab Sepanyol, Eibar, pada usia semuda 18 tahun.
Tubuh kecilnya cuma setinggi 170sm mengaburi bakat luar biasa yang terkandung di dalamnya, tetapi sebaik sahaja dia beraksi di padang, kemahiran teknikal yang dipamerkan berserta kegigihan membara ternyata sukar untuk dilepas pandang.
Eibar disusuli oleh Celta Vigo, kemudiannya Valencia, Manchester City dan akhirnya Real Sociedad, perjalanannya yang cukup panjang dihiasi dengan kejayaan dan pelbagai trofi.
Bersama pasukan kebangsaan Sepanyol pula, dia adalah sebahagian daripada generasi emas yang menjuarai Piala Dunia 2010 di samping Euro 2008 dan 2012.
Di sebalik segala kejayaan memberangsangkan ini, Silva tetap kekal merendah diri, tidak sekali pun cuba menjadikan dirinya sebagai fokus utama kejayaan, malah lebih selesa jika status sebagai bintang utama diberikan kepada rakan-rakan sepasukan yang lain.
Sewaktu bersama City, dia mengetepikan stereotaip yang mengatakan seorang pemain harus mempunyai fizikal yang tegap untuk bersaing dalam Liga Perdana Inggeris, sebaliknya menggunakan kemahiran melindungi bola dan melakukan hantaran dari sudut yang tidak disangka-sangka sebagai senjata utama.
Menerusi satu artikel yang diterbitkan oleh BBC, bekas rakan sepasukannya, Micah Richards, mengatakan bahawa satu-satunya cara untuk menghalang Silva adalah dengan melakukan terjahan keras terhadapnya sebagai bukti ketekunan dan ketabahan yang tidak pernah goyah.
Gaya permainan Silva menampilkan ciri-ciri keseimbangan, keanggunan dan kecerdasan.
Hantarannya tepat dan jitu, gerakannya penuh dengan keindahan, dan kemampuannya membaca permainan sukar untuk ditandingi.
Menurut kata-kata pengurus City, Pep Guardiola, dia tidak pernah melihat mana-mana pemain lain yang dengan mudahnya mampu mengetepikan lawan bagaikan menunjukkan aksi silap mata, sehinggakan gelaran “Merlin”, seorang ahli sihir legenda, diberikan kepadanya.
Seperti yang dibicarakan dari awal, di sebalik kegemilangan yang dikecapi, Silva tidak pernah mendambakan sebarang pujian.
Dia lebih suka membiarkan persembahannya yang berbicara, dan persembahan tersebutlah yang membawa kepada empat pingat juara EPL serta lima Piala Liga sewaktu bersama City, sehinggakan satu tugu dibina di luar Stadium Etihad sebagai tanda penghargaan penyokong terhadapnya.
Dalam perjalanan terakhirnya bersama Real Sociedad, Silva memimpin pasukan itu untuk kembali bersaing dalam kancah Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan berterusan mengukir senyuman di bibir kesemua yang menyaksikan aksinya.,
Malang sekali, persaraaannya adalah disebabkan oleh kecederaan ACL yang ditanggung sekian lama, meletakkan titik noktah dalam perjalanan yang cukup panjang dan bermakna.
Hari ini, di samping kita mengucapkan selamat tinggal kepada seorang legenda, kita merayakan pemain yang menzahirkan sifat kesederhanaan, merendah diri dan menjadi lambang erti kegemilangan.
Gracias, David Silva, di atas segala keajaiban yang anda pamerkan.
Ketahuilah bahawa pesona kesaktian milik anda akan abadi dalam sejarah bola sepak selama-lamanya.
Asmawi Bakiri
Fri Jul 28 2023
EPL: Bernardo Silva akui Manchester City sudah boleh kibar 'bendera putih'
Tonggak utama Manchester City, Bernardo Silva, percaya pasukannya benar-benar sudah 'terkeluar daripada perlumbaan' mempertahan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
EPL: Pep Guardiola pahat sejarah di Manchester City
Pep Guardiola kini bergelar pengurus Manchester City dengan 500 perlawanan bersama kelab itu.
EPL: Manchester City kembali ke landasan kemenangan
Savinho dan Erling Haaland menemui sasaran ketika Manchester City kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Leicester City 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power lewat malam tadi.
EPL: Saya mahu berada di sini -- Guardiola cuba terus bertahan di Manchester City
Pep Guardiola menegaskan bahawa dia masih mahu berada di Manchester City di sebalik keadaan yang kian mendesak dan dia akan melakukan segala-galanya untuk mengubah nasib pasukan itu.
Pemain Manchester City terpaksa tidur di pusat latihan menjelang perlawanan Boxing Day
Terpaksa berlatih ketika hari natal bukanlah satu perkara luar dari kebiasaan buat pemain bola sepak di Eropah tetapi yang mencuri tumpuan apabila pemain Manchester City diarah untuk tidur di pusat latihan kelab menjelang perlawanan mereka menentang Everton pada Hari Boxing malam ini.
Kami perlu guna Erling Haaland dengan lebih baik -- Kata Pep Guardiola
Pep Guardiola menjelaskan Manchester City perlu menggunakan Erling Haaland dengan lebih baik agar penyerang itu dapat kembali mengembalikan ketajamannya di hadapan gawang.
EPL: Kami akan cari jalan -- Kata Pep Guardiola
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, menjelaskan The Citizens akan mencari jalan keluar untuk kembali melakar kemenangan untuk menamatkan kemerosotan prestasi pasukannya itu.
EPL: Pep Guardiola 'tidak akan urus kelab lain' selepas Manchester City
Pep Guardiola menjelaskan bahawa dirinya akan mengambil cuti panjang atauun berpindah ke pengurusan antarabangsan selepas kontraknya berakhir sebagai pengendali Manchester City.
EPL: Guardiola amat bangga dengan Manchester City walaupun seri dengan Crystal Palace
Pep Guardiola menabik semangat juang Manchester City dan amat berbangga dengan pasukan itu walaupun sekali lagi keciciran mata apabila terikat 2-2 dengan Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
Piala Dunia Kelab FIFA: Manchester City jumpa Juventus, Ulsan HD uji Borussia Dortmund
Manchester City bakal melancarkan misi mempertahankan kejuaraan Piala Kelab Dunia FIFA selepas diundi menentang Wydad AC, Al-Ain dan Juventus dalam saingan peringkat Kumpulan G. Skuad kendalian Pep Guardiola merupakan juara bertahan selepas menjulang menjulang kejuaraan itu pada musim lalu selepas melakar kemenangan 4-0 mengatai kelab gergasi Braz
Lopetegui warns West Ham of Man City's threat despite recent struggles
Lopetegui: Be wary of Man City
Inter do Inzaghi proud in Supercoppa Italiana
Inter going beyond expectations
Atalanta boss Gasperini defends Supercoppa Italiana team selection
Gasperini defends team choice
Poor December finish proves Chelsea not in title contention, says Colwill
Colwill: Chelsea not in title race
Silva concedes Man City 'completely out of title race'
Silva: Man City out of title race
Inter 2-0 Atalanta: Dumfries double sends Inzaghi's side into Italian Super Cup final
Report: Inter 2-0 Atalanta
Bavuma insists Maphaka 'not on trial' ahead of history-making Test debut
Maphaka to make Proteas history
Napoli have chance at Serie A summit as Roma desperate for win against Lazio
Napoli can open gap on title rivals
Juventus boss Motta: Conceicao not phased by family reunion
Conceicao unphased by family ties
Rodgers suggests Celtic's lead influenced poor Rangers showing
Rodgers: Lead influenced us