Jose Mourinho sudah bersedia untuk kembali ke kancah bola sepak, selepas perkembangan dalam pasaran pengurusan telah mencipta peluang untuknya.

Sejak dipecat oleh AS Roma pada Januari, Mourinho telah dikaitkan dengan beberapa pekerjaan berbeza, walaupun dia masih belum komited dalam membuat keputusan berkenaan masa depannya. Sebaliknya, dia sedang menikmati perlawanan di seluruh Eropah dan Timur Tengah sebagai penonton.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh FourFourTwo, menyatakan bahawa dia telah bertemu dengan beberapa pegawai dari Arab Saudi, untuk membincangkan potensi perpindahan ke sana sebaik musim berakhir.

"Jika saya boleh memulakan tugas sebagai jurulatih esok, saya akan buat.

“Saya mungkin akan kembali pada musim panas ini dan saya akan cuba membuat keputusan yang terbaik,” kata Jose Mourinho.