Penganalisa pengadil Nottingham Forest, Mark Clattenburg, mendakwa Paul Tierney telah melakukan kesilapan kerana membenarkan jaringan kemenangan Darwin Nunez ketika tewas 1-0 di laman sendiri kepada Liverpool.

Barisan pemain Forest, di bangku simpan serta penyokong kelihatan berang jaringan kemenangan pelawat menafikan keputusan seri buat mereka.

Pengadil perlawanan, Tierney, telah menghentikan permainan sebelum selepas pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate mengalami kecederaan kepala.

Pengadil perlawanan menghentikan permainan ketika Forest mengawal permainan dalam kawasan Liverpool dan selepas Konate dapat kembali meneruskan permainan, Tierney memberikan bola kepada penjaga gol pelawat, Caoimhin Kelleher, yang merencanakan gerakan permainan yang membawa kepada jaringan.

Clattenburg, yang dilantik untuk memegang jawatan di Forest bulan lalu, berkata selepas perlawanan, “Undang-undang menyatakan bahawa, jika pengadil akan menghentikan permainan, bola perlu kembali ke pasukan yang mempunyai penguasaan bola. Nottingham Forest jelas menguasai bola.

“Undang-undang permainan dengan jelas menyatakan bahawa, apabila pengadil meniup wiselnya, pasukan yang memiliki penguasaan bola harus mendapatkan penguasaan apabila permainan dimulakan semula.”

Bekas pengadil Liga Perdana, Clattenburg menambah: “Apabila Liverpool diberikan penguasaan bola, mereka meneruskan serangan dan akhirnya menjaringkan gol.

“Ia adalah satu lagi keputusan yang menentang Nottingham Forest… Kami hanya perlu berharap keputusan ini berubah.”