Inter Milan sah menandatangani pertahanan kanan, Raoul Bellanova, daripada Cagliari.

Terma dan butiran perpindahan itu masih belum didedahkan tetapi laporan bulan lalu mendapati pemain itu menyertai Inter secara pinjaman dengan pilihan untuk pembelian secara tetap.

Bagaimanapun, Serie A secara rasmi menyenaraikan perpindahan itu sebagai pinjaman dalam laman web rasmi mereka semalam.

Bellanova menyertai Cagliari secara tetap menerusi kesepakatan hampir serupa daripada Bordeaux pada Mei lalu.

Pemain Itali berusia 22 tahun itu mencuri tumpuan dalam Serie A musim lalu, di mana dia menjaringkan satu gol dan melakukan dua bantuan jaringan daripada 31 perlawanan.

Dia juga mencipta 32 peluang -- rekod ke-13 tertinggi dalam kalangan pemain pertahanan -- sepanjang tempoh itu.



Bagaimanapun, Bellanova tidak dapat menyelamatkan Cagliari daripada tersingkir selepas mereka menamatkan musim di tangga ke-18, hanya dibezakan satu mata dengan Salernitana.

Dia merupakan pemain kelima diikat Inter dalam jendela perpindahan kali ini selepas Andre Onana, Henrikh Mkhitaryan, Romelu Lukaku dan Kristjan Asllani.

Nerazzurri juga memberikan kontrak tetap buat Robin Gosen dan Joaquin Correa, yang sebelum ini sekadar pemain pinjaman.