Shaiful Shamsudin
Sun Dec 19 2021
Pemenang 15 kejuaraan utama, Tiger Woods, berkata ia adalah satu permainan yang cemerlang untuk kembali ke lapangan buat kali pertama sejak terbabit dalam kemalangan kereta pada Februari lalu yang menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kakinya.
Woods beraksi di samping anak lelakinya, Charlie, yang berusia 12 tahun dalam Kejohanan PNC di Orlando, awal pagi tadi, untuk kembali beraksi secara kompetitif.
Pasangan itu mencatat 10 di bawah par 62 dalam acara bapa-anak yang menyaksikan Stewart dan Reagan Cink mendahului saingan selepas mencatat 59 di bawah par pada hari pembukaan.
"Kami mengharungi detik yang hebat," kata Woods kepada pemberita.
“Ia hanya satu permainan yang hebat dan kami juga melaluinya pada hari pertama tahun lalu, ia situasi yang hampir sama.
"Kami sangat seronok berada di luar sana. Kami berhasil mengharungi satu perkara yang kami mahu lakukan. Kami ingin membuat catatan bersih. Tahun lalu kami mencatat bogey dalam setiap pusingan."
Woods mempamerkan beberapa detik cemerlang termasuk empat pukulan yang sekaki menghampiri lubang, termasuk menggunakan tiga wood untuk merakam lima par di lubang ke-14.
Bekas pemain nombor satu dunia itu, yang bergerak menggunakan kereta antara pukulannya, mengakui pusingan itu menghadirkan cabaran kepada tahap fizikalnya apabila pernah menyatakan dia tidak akan kembali ke jelajah itu secara sepenuh masa.
"Saya kepenatan," tambahnya.
"Saya tidak berada dalam prestasi untuk bermain. Sekiranya anda tidak mempunyai daya tahan maka permainan anda akan mula perlahan.
“Saya melakukan dua pukulan yang bagus hari ini -– tiga pukulan tepat seperti yang saya mahukan.
"Tetapi seperti yang saya jelaskan kepada anda di Bahamas, saya tidak mempunyai daya tahan. Saya tidak berkempatan untuk beraksi sebelum ini. Ini mungkin pusingan keempat, kelima yang saya berjaya harungi sepanjang tahun ini. Saya tidak mempunyai daya tahan untuk bermain."
Woods bersaing dengan Justin dan Mike Thomas, yang menyamai catatan kedua selepas melakar 12 di bawah par 60.
Bekas juara PGA, Justin, sebaliknya kagum dengan kemunculan semula Woods.
"Saya sangat kagum dengan kepantasan yang dimilikinya dan pukulan yang diakukannya," katanya kepada pemberita.
"Sekurang-kurangnya daripada perspektif saya, dia kelihatan banyak melakukan pergerakan dan segalanya elemen ada di sana.
"Pukulannya kelihatan mungkin sedikit kurang bertenaga -- pada awalnya anda akan fikir bahawa dia tidak akan mampu melakukan sejauh ini. Tetapi empat iron yang dipukulnya hari ini adalah tidak masuk akal."
Tiger Woods gemparkan dunia golf
Tiger Woods menarik diri selepas dia melakukan teed off di lubang ketujuh dengan penonton menyaksikan dia diiringi dari padang dengan kereta golf.
Golf Terbuka AS: Tiger Woods tarik diri
Tiger Woods secara rasmi menarik diri daripada Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Los Angeles Country Club bulan depan.
Bedah buku lali halang Tiger Woods sertai PGA AS
Tiger Woods sah terlepas Kejohanan PGA Amerika Syarikat (AS) seperti yang dijangkakan selepas menjalani pembedahan buku lali bulan lalu.
Golf The Masters: Woods seronok 'menderita' di Augusta
Tiger Woods menanggung kesakitan tetapi "tepat di tempat yang diperlukannya" selepas membuat permulaan baik dalam kemunculan semulanya dalam Kejohanan Golf The Masters sebentar tadi.
Golf The Masters: Woods optimis peluang ungguli kali keenam
Tiger Woods tidak meragui keupayaannya untuk memenangi The Masters buat kali keenam tatkala pemain legenda Amerika itu bersiap sedia untuk membuat satu lagi kemunculan sensasi.
Golf PNC: Tiger Woods puas hati harungi pusingan pertama
Pemenang 15 kejuaraan utama, Tiger Woods, berkata ia adalah satu permainan yang cemerlang untuk kembali ke lapangan buat kali pertama sejak terbabit dalam kemalangan kereta pada Februari lalu yang menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kakinya.
Woods ingin kembali sebagai pemain golf separuh masa
Tiger Woods berharap dapat kembali ke arena golf profesional selaku pemain separuh masa dan mendedahkan bahawa dia pernah berasa takut kakinya terpaksa dipotong susulan kecederaan serius yang dialaminya dalam satu kemalangan jalan raya pada Ferbuari lalu.
Golf Masters: Tiger Woods ucap tahniah selepas Matsuyama cipta sejarah
Kejayaan Hideki Matsuyama meraih gelaran Masters pertamanya akan "memberi impak terhadap seluruh dunia sukan golf", kata pemenang 15 gelaran utama, Tiger Woods.
Sherif Los Angeles jangka Tiger Woods tidak akan didakwa
Kemalangan ngeri yang melibatkan Tiger Woods diklasifikasikan sebagai kemalangan dan sherif Los Angeles, Alex Villanueva, menjangkakan tiada sebarang dakwaan akan dikenakan ke atas pemain golf itu.
Golf PGA AS: Woods gagal lepasi had kelayakan, akui cabaran makin sukar
Tiger Woods mengakui semakin kesuntukan masa untuk memenangi gelaran utama selepas gagal meneruskan kemaraan dalam Kejohanan Golf PGA Amerika Syarikat (AS), pagi tadi.
Lopetegui agrees to succeed Moyes as West Ham manager – reports
Lopetegui set for West Ham
Hamilton delighted to see McLaren back on top as Norris claims maiden F1 win
After 15 podium finishes without a race win, Lando Norris finally took top spot for the first time in Florida on Sunday.
Emery has no complaints after tired Aston Villa lose late on at Brighton
Emery: Villa didn't deserve a point
Declan Rice loss to blame for heavy West Ham defeats - David Moyes
Moyes: West Ham feeling Rice loss
Cavs hero Mitchell: 'I'm tired of losing in the first round'
Mitchell 'tired' of playoff losses
Verstappen says Norris is destined for more wins following Miami triumph
Lando Norris has been tipped for more victories after racing his way past Max Verstappen to win the Miami Grand Prix.
Under-fire Stefano Pioli respects Milan fan protests
As Milan approach the end of an underwhelming season, Stefano Pioli has seen his position called into question.
Alonso says Leverkusen can still improve as unbeaten run reaches 48 games
Bayer Leverkusen trounced Eintracht Frankfurt 5-1 on Sunday to remain on course for an undefeated season.
Norris celebrates first-ever Formula 1 win in Miami Grand Prix
Norris wins Miami Grand Prix
Mitchell, Cavaliers storm back to beat Magic in Game 7 and reach East semi-finals
Cavs rally from an 18-point deficit to win their first play-off series without LeBron James since 1993.