Malaysia pastinya tidak akan ketandusan bakat apabila buktinya Kejohanan Future Cup di Jelebu telah menggamit minat 16 pasukan.

Pasukan yang bertanding ini terdiri dari Negeri Sembilan dan Selangor yang menyaksikan Black Eagle YSA muncul juara kategori Super selepas mengalahkan S2FC Seven.

Kategori Premier pula menyaksikan Boss A diangkat sebagai juara selepas mengetepikan Future Star Elite, malah kehadiran bekas ketua pasukan Harimau Malaya dan tonggak Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak, hadir menyerikan majlis penyampaian hadiah.