Wakil penuntut Universiti Malaya (UM) datang beramai-ramai menghadiri aksi final Pestabola Merdeka di antara skuad negara dan Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Menjelang aksi penentuan gelaran itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, melakukan tinjauan di perkarangan SNBJ dan penuntut UM yang hadir berkenaan kelihatan bersemangat untuk memberikan sokongan terbaik mereka buat Harimau Malaya.

"Kami seramai 50 orang dari Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya hari ini datang untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia," kata seorang wakil kumpulan penuntut berkenaan.