Kurang dua jam sebelum sepak mula aksi final Pestabola Merdeka di antara skuad negara dan Lubnan, keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi perhatian.

Ini berikutan padang berkenaan baru sahaja digunakan bagi aksi penentuan tempat ketiga, di mana Tajikistan menewaskan Filipina 4-3 dalam penentuan penalti.

Difahamkan, pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah mengambil tindakan segera bagi memastikan lapangan berkenaan sedia digunakan jam 9.00 malam ini.

Ini keadaan terkini padang SNBJ: