Penjualan tiket bagi aksi final Pestabola Merdeka di antara Malaysia dan Lubnan di Stadium Bukit Jalil (SNBJ) malam ini difahamkan sudah terjual sebanyak 5,000 keping.

Perkara itu dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, dalam satu kiriman X sebentar tadi.

Sebagai rekod, kehadiran bagi aksi pertama di antara Harimau Malaya dan Filipina difahamkan mencecah sekitar 15,800 keping.