Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memilih untuk tunggu dan lihat berhubung isu Mohamadou Sumareh meskipun tonggak itu berstatus pemain tempatan.
Pemain kelahiran Gambia itu lesap di kem Pahang sejak Julai lalu atas dakwaan masalah gaji dan penghijrahan kontroversinya ke kelab liga Thailand, Police Tero, bagaimanapun sah selepas dia mendapatkan pelepasan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mendapati Sumareh bersalah dalam empat pertuduhan seperti yang dinyatakan sidang media Jawatankuasa Tatatertib PBNP semalam, sekali gus digantung dua tahun.
Mengulas tindakan daripada pasukan Tok Gajah itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, dalam temu bual bersama wakil Astro Arena, Syakirah Zulkifly, menjelaskan mereka mengambil pendekatan menunggu keputusan daripada badan induk dunia terlebih dahulu berhubung kes itu.
""Perkara ini sedang disiasat di peringkat FIFA. Seperti yang FAM nyatakan sebelum ini bahawa kami sedang menunggu keputusan daripada FIFA.
"Kami tidak akan mengeluarkan kenyataan yang boleh bercanggah dengan badan induk dunia.
"Kes ini di antara dua pihak, Sumareh dan Pahang.
"FIFA tidak meminta sebarang dokumen daripada FAM dan kami pula tidak terlibat dalam kes ini," katanya di Wisma FAM hari ini.
Sumareh pula menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Nadi Arena berbunyi: Saya tidak faham kenapa PBNP menggantung pemain yang tidak lagi bersama mereka.
"Perkara ini sangat mustahil."
Isu ini mirip kepada kes Dollah Salleh yang pernah mengalami nasib sama apabila Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) ketika itu menggantung bekas pemain kebangsaan berkenaan selama tiga tahun pada 1988, namun dikurangkan kepada enam bulan.
Ketika itu, hukuman tersebut hanya diiktiraf di Johor sahaja, di mana Dollah tidak dibenarkan beraksi bersama negeri berkenaan dan juga tidak boleh beraksi ketika Selangor menentang Johor di Johor Bharu.
Shaiful Shamsudin
Wed Oct 28 2020
FIFA sahkan KDA FC bebas daftar pemain musim 2024/25
Kedah Darul Aman (KDA) FC telah menerima surat pengesahan daripada badan induk bola sepak dunia, FIFA semalam yang memaklumkan sekatan perpindahan pemain dikenakan pada 4 Mac 2024 telah ditarik balik.
Masalah gaji Kedah, KL City berisiko dapat perhatian FIFA
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, jelas tidak gembira dengan situasi semasa yang membabitkan dua pasukan dalam Liga Super yang masih gagal untuk memenuhi syarat pembayaran hutang tertunggak yang telah diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Liga Super Malaysia (MFL), baru-baru ini.
Presiden FIFA tolak penggunaan 'kad biru'
Presiden FIFA, Gianni Infantino, dengan tegas menolak kemungkinan kad biru memainkan peranan dalam ujian 'sin bins' pada masa depan.
Piala Asia: Malaysia dan Korea pamer aksi menarik, terima pujian FIFA
Harimau Malaya berjaya mengikat pasukan gergasi Republik Korea dengan jaringan 3-3 dalam perlawanan terakhir kumpulan E, sebentar tadi.
Piala Asia: Di mana kedudukan ranking Harimau Malaya jika atasi Jordan?
Skuad bola sepak negara akan membuka kempen Piala Asia Qatar 2023 dengan berdepan Jordan di Stadium Al Janoub awal pagi esok.
Pencapaian JDT diiktiraf FIFA
Apabila FIFA menyenaraikan Johor Darul Ta’zim selaku kelab yang berpontensi untuk bermain di kejohanan Piala Dunia Kelab Perseketuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 2025 oleh badan induk bola sepak dunia itu sebenarnya telah mengiktiraf pencapaian yang dimiliki skuad dari selatan tanah air itu.
Piala Asia: FIFA senarai Arif Aiman antara lima pemain perlu diberi tumpuan
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyenaraikan bintang muda Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, sebagai antara lima pemain perlu diberikan tumpuan dalam Piala Asia di Qatar bulan depan.
Gara-gara seri, Presiden kelab Ankaraguru tumbuk pengadil perlawanan
Insiden itu tercetus sejurus ketika pengadil Halil Umur Meler meniupkan wisel penamat selepas mengadili perlawanan antara kelab MKE Ankaragucu dan Caykur Rizespor.
Langkah besar Harimau Malaya
Harimau Malaya terus perbaiki kedudukan ranking FIFA
Faisal Halim ucap terima kasih kepada TMJ
Penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim, mengucapkan terima kasih kepada individu yang telah banyak membantu pasukan kebangsaan untuk mencapai ke tahap ini.
Marco Reus to leave Dortmund after 12-year-spell with boyhood club
Only three players have played more games for Borussia Dortmund than Marco Reus, who will leave as a free agent at the end of the season.
Kompany wants to write names into the Burnley history books
Burnley are within touching distance of Premier League safety, and Vincent Kompany believes his team have what it takes to stay up.
Neville: Chelsea sacking Pochettino 'would be madness'
Mauricio Pochettino remains under pressure at Chelsea, but Gary Neville insists the Blues must stick with their head coach.
Nuno unsure what to expect from relegated Sheffield United
Preview: Sheffield United v Forest
Tiger Woods given special exemption to play in U.S. Open at Pinehurst
Three-time U.S. Open winner Tiger Woods will compete in this year's tournament at Pinehurst, despite failing to qualify for the event.
Tuchel to make Bayern Munich changes for Stuttgart ahead of Real Madrid clash
Tuchel to make changes
Lillard left frustrated by injuries after Bucks eliminated by Pacers
The Milwaukee Bucks made another early exit from the playoffs as the Indiana Pacers sealed the series win in Game 6 on Thursday.
'It would be a privilege' - Hamilton looks ahead to potential Newey link-up at Ferrari
Hamilton wants to work with Newey
Ten Hag admits Man United missed out on Kane
Manchester United were linked to a move for Harry Kane last year, and Erik ten Hag reveals that he was their first choice for a new striker.
Wolves make Doyle move permanent as midfielder leaves Man City
Wolves sign Doyle from Man City