Bek sayap Serbia, Filip Kostic, dikhuatiri mengalami kerosakan ligamen ketika menyaksikan anak buahnya tumbang 0-1 kepada England dalam EYRO 2024, dedah ketua jurulatih, Dragan Stojkovic.

England langkah kanan dalam kempen Kumpulan C apabila tandukan awal Jude Bellingham sudah cukup untuk menentukan perlawanan sengit di Gelsenkirchen, semalam.

Terjahan yang melibatkan Bellingham itu menamatkan aksi Kostic di tengah padang selepas pemain Juventus itu memerlukan rawatan akibaat terjatuh dengan kekok dan digantikan selepas 43 minit ppermainan.

Serbia akan berdepan Slovenia dan Denmark dalam baki perlawanan peringkat kumpulan mereka, tetapi peranan Kostic diragui untuk meneruskan kejohanan itu dan mungkin akan diketepikan untuk tempoh yang lama.



"Kostic berasa sangat sakit di bahagian luar lutut kirinya dan kami bimbang dia boleh mengalami kerosakan ligamen," kata Stojkovic dalam sidang media selepas perlawanan.

"Dia akan menjalani ujian perubatan, semoga ia tidak seteruk seperti yang dilihat."