Gareth Southgate berkata England akan menjauhi keriuhan kejohanan Euro 2024 pada musim panas akan datang dengan merancang ketenangan kem.

Keputusan seri 1-1 di Macedonia Utara kelmarin meletakkan naib juara Euro 2020 itu selaku antara pilihan utama dalam undian di Hamburg, 2 Disember depan.

Southgate akan hadir untuk undian yang bukan sahaja akan memberikan kejelasan tentang cabaran dan laluan yang bakal ditempuhi, malah di mana England akan berpangkalan ketika berada di Jerman.

Kejohanan ini berkonsepkan kelestarian dengan keutamaan diberikan akan kepada pasukan yang kem pilihan mereka lebih dekat dengan venue perlawanan.

England telah mempunyai beberapa pilihan di seluruh Jerman sambil Southgate bercadang mengadakan pangkalan di luar kawasan.

“Tempatnya biarlah benar-benar satu di tempat di mana kami boleh bersendirian,” katanya yang akan menggalas tanggungjawab untuk kejohanan utama keempatnya.




“Kami memerlukan perlu dalam keadaan bersantai dan kawasan di mana kami boleh bekerja.

“Kami memang ingin meminimumkan perjalanan tetapi FA, kakitangan kami cekap memilih venue yang saya berasakan pemain akan nikmati suasananyta dan berasa selesa.

"Secara asasnya kami mahu berada di suatu tempat di mana kami boleh melarikan dari zon yang berlaku di sekeliling dan suatu tempat yang memiliki kemudahan yang sesuai untuk bekerja."