Erik ten Hag mengakui dia perlu menyelesaikan masalah barisan pertahanan menjelang aksi derby Manchester.

Harry Maguire kini telah menyertai Luke Shaw, Lisandro Martinez, Tyrell Malacia dan Aaron Wan-Bissaka dalam senarai kecederaan dan pengendali Manchester United, Ten Hag telah menjangkakan kesebelasan yang sama mengatasi Nottingham Forest dalam aksi Piala FA bakal diguna pakai.

Sofyan Amrabat kembali sebagai bek kiri manakala posisi bek kanan sekali lagi menjadi milik Diogo Dalot.



Ten Hag berkata kepada manutd.com, “Terdapat beberapa masalah yang perlu kami selesaikan kerana kami tanpa pemain sayap pertahanan. Kami juga tanpa tonggak pertahanan tengah ketika ini.

“Jadi kami perlu menjadi lebih kreatif. Kami telah melakukannya dalam aksi Piala FA jadi kami mempunyai pelan yang betul.

“Namun apa yang penting, kami tetap bersemangat, memiliki impian dan keinginan untuk menang. Itu yang kami akan lakukan.”