Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, tetap mengekalkan kepercayaannya terhadap pemain kebangsaan England, Jadon Sancho, selepas gagal menyempurnak sepakan penalti ketika tewas kepada juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

The Red Devils memulakan musim baru dengan langkah kiri apabila The Citizen melakukan kebangkitan untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain Portugal, Bernardo Silva, pada minit ke-89 sebelum menoktahkan kemenangan melalui penentuan sepakan penalti.

"Saya tidak mempunyai sebarang keraguan tentang Sancho.

"Pemain berusia 24 tahun itu merupakan seorang penendang penalti yang bagus namun, dia terlepas untuk membantu pasukannya menjuarai aksi pembukaan.

"Pada masa akan datang, saya pasti dia akan menyempurnakan sepakannya dengan baik," katanya.