MANCHESTER UNITED 2 CHELSEA 1

Scott McTominay menjadi wira Manchester United ketika pasukan bimbingan Erik Ten Hag itu menewaskan Chelsea bimbingan Mauricio Pochettino Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi tadi.

Pemain United berdepan tekanan untuk turun bermain dalam perlawanan itu ekoran isu yang melanda pengurus mereka, Ten Hag, tetapi United bertindak balas dengan kemenangan 2-1.

Pemain kelahiran United Kingdom, McTominay, muncul wira The Red Devils menewaskan The Blues, di mana kedua-dua pasukandilihat setaraf sejak Chelsea di bawah biombingan Pochettino.

Peluang pertama United bermula dalam pertengahan babak pertama menerusi sepakan penalti tetapi sepakan Bruno Fernandes diselamatkan penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez.

Pemain di posisi tengah itu kemudian membantu jaringan penyamaan McTominay meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-19 dengan sepakan cantik ke kanan gawang yang terus menewaskan penjaga gol Chelsea dan ia meberikan harapan buat United untuk kembali raih kemenangan selepas tewas dalam enam perlawanan sebelum ini.

Sebelum memasuki waktu rehat, bekas pemain tengah Manchester City, Cole Palmer, menjaringkan gol penyamaan buat Chelsea dari tengah padang dan menewaskan penjaga gol United, Andre Onana, sekali gus menjadikan aksi lebih hangat.

Ten Hag kemudian membuat empat pertukaran, antaranya membawa masuk Marcus Rashford dan Anthony Martial, dan mereka memulakan babak kedua dengan kukuh.

Hantaran kemas daripada Alejandro Garnacho membuahkan hasil buat The Red Devils untuk menambah jaringan menerusi tandukan cantik McTominay dan keputusan itu kekal sehingga wisel penamat.