Micky van de Ven tidak berselindung mengenai keinginannya untuk menutup mulut pengkritik Tottenham dan yakin kelab berkenaan mampu melakukan perkara itu biarpun mendapat kritikan hangat sejak musim panas lalu.

Pertahanan berbangsa Belanda itu mencuri tumpuan sejak ditandatangani Spurs daripada Wolfsburg musim panas lalu, di mana dia membantu pasukan bimbingan Ange Postecoglou berkenaan memenangi empat daripada enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama musim ini selepas pemergian penjaring terbanyak sepanjang zaman mereka, Harry Kane.

Ketike Van de Ven dan Spurs kini menikmati tempoh mereka di bawah bimbingan Postecoglou, ia bukanlah perkembangan karier yang lancar buat pemain berusia 22 tahun itu berdasarkan kesukaran yang dialaminya dalam musim pertamanya di Jerman sebelum menyertai kelab gergasi England berkenaan.

Van de Ven sudah hampir dilepaskan Volendam sewaktu berada dalam skuad B-19 pasukan itu tetapi ketibaan Wim Jonk selaku pengurus baru menyaksikan dia diberikan peluang untuk membarisi skuad utama.

Lima tahun kemudian, dia berada dalam skuad senior Belanda dalam perjalanannya untuk segera menjadi pemain kegemaran penyokong di N17.

"Benar, saya gemar membuktikan mereka salah," kata Van de Ven kepada agensi berita PA.

"Ayah saya (Marcel) juga banyak membantu sewaktu saya di Volendam. Ia situasi sukar buat saya kerana apabila mereka tidak mempercayai anda kerana anda hanya berusia 17 tahun, mungkin anda perlu mencari jalan atau mengusahakan sesuatu.

"Anda perlu memilih pilihan kedua dan jika anda tidak boleh menjadi pemain profesional, anda perlu berubah. Saya katakan kepada bapa saya, mungkin saya perlu bekerja dan dia katakan, 'percayakan saya. Satu hari nanti, seorang akan datang dan anda akan mendapat peluang dan mengambilnya'.

"Jadi, saya terus berusaha untuk mendorong diri dan ketika ada peluang, saya mengambilnya.

"Selepas itu, ketika saya menyertai Wolfsburg daripada Volendam, ramai berata ia terlalu besar tetapi saya membuktikan mereka semua salah, jadi saya memang memiliki mental seperti itu.

"Jadi benar, kerana apa yang saya lihat sebelum menyertai Spurs, terdapat ramai yang berpandangan negatif terhadap Spurs," katanya.