Trent Alexander-Arnold menegaskan bahawa memenangi trogi merupakan pertimbangan utamanya ketikia mengadakan perbincangan mengenai kemungkinan lanjutan kontraknya bersama Liverpool.

Dia sudah memasuki tahun terakhir kontraknya di Anfield dengan dia dibenarkan untuk menandatangani perjanjian pra-kontrak bersama kelab lain seawal Januari ini.






Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu yang sudah menyumbangkan 100 bantuan jaringan sepanjang kariernya bersama The Reds.

Bagaimanapun, memenangi piala secara konsisten merupakan pendorong utama dia dalam membuat keputusan.

"Secara juujurnya, perkara paling penting adalah trofi. Saya mahu memenangi trofi. Saya merupakan pemain yang bermotivasi dengan memenangi dengan menjadi elit.




'Itu merupakan faktor utama. Jika anda mempunyai personaliti yang elit, yang menang dan melakukan apa sahaja untuk menang maka trofi adalan pendorong anda.

"Saya telah berada di kelab ini selama 20 tahun. Saya telah menandatangani empat atau lima lanjutan kontrak." katanya kepada The Athletic.