Manchester City telah didenda £120,000 selepas anak buah Pep Guardiola mengepung pengadil, Simon Hooper pada minit ke-94 ketika seri 3-3 dengan Tottenham awal bulan ini.

Hooper membuat keputusan yang cetus kontroversi dalam insiden yang melibatkan Erling Haaland untuk menjaringkan gol yang berpotensi jadi kemenangan semasa perlawanan menentang Spurs.

Ia menimbulkan kemarahan daripada pemain Man City dengan Haaland khususnya bersama pengurus Pep Guardiola.

Haaland meluahkan kekecewaannya sekali lagi selepasa tamat aksi dan di laman media sosial X.

Persatuan Bola Sepak Inggeris telah mendenda City selepas pemain berkelakuan tidak wajar.