BRENTFORD 0 ARSENAL 1

Mikel Arteta mempertahankan Aaron Ramsdale selepas persembahan penuh kesilapan penjaga gol Arsenal itu dalam kemenangan 1-0 di Brentford, awal pagi tadi.


Malah, jaringan lewat Kai Havertz yang menghantar The Gunners ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama musim ini tidak dapat menutupi persembahan goyah yang diperagakan Ramsdale.

The Gunners memastikan kemenangan apabila Bukayo Saka menghayunkan hantaran silang dari kanan untuk ditanduk oleh pemain gantian, Havert.

Bagaimanapun, penjaga gol berusia 25 tahun itu kembali menjadi tumpuan apabila kemunculan pertamanya dalam liga sejak 3 September dengan David Raya -- kerap menjadi pilihan utama -- merupakan pemain berstatus pinjaman daripada Brentford dan tidak layak untuk menentang kelab induknya itu.

Begitupun, pemain antarabangsa England itu membuat permulaan yang menggerunkan yang hampir menghadiahkan gol awal kepada The Bees.

Setelah bertukar-tukar hantaran dengan Gabriel berpunca daripada sepakan gol, Ramsdale tiba-tiba menjadi kelam-kabut lalu memberi ruang buat Yoane Wissa.

Mujur Declan Rice sudah menghidu situasi tersebut dan mengeluarkan rembatan Bryan Mbeumo dari garisan gol sebelum sepakan liar Wissa untuk menyambut bola muntah tersebut.

Ramsdale kemudian terpaksa menyorokkan mukanya berikutan satu lagi kesilapan memalukan sebelum rehat apabila membiarkan bola terlucut daripada tangannya.

Bagaimanapun, Arteta menegaskan: “Ini adalah bola sepak, saya sangat gembira dengan pasukan, kami mengekalkan rekod bersih dan kami meneruskannya.





“Dia mempunyai keberanian yang besar, personaliti yang besar dan itulah sebabnya kami menyayanginya.

"Saya seronok melihat pemain memberi semangat antara satu sama lain.”