ENGLAND 2 COSTA RICA 0
England meneruskan catatan tanpa kalah dalam 10 perlawanan apabila menundukkan Costa Rica 2-0 dalam aksi pemanas badan terakhir sebelum Piala Dunia 2018 di Elland Road, awal pagi tadi.
Sejak kali terakhir tewas pada 14 Jun 2017 di tangan Perancis 3-2, England yang dibimbing Gareth Southgate mengutip enam kemenangan dan tiga seri sebelum melayan kunjungan Costa Rica.
Ternyata rekod itu mahu diteruskan oleh The Three Lions apabila Marcus Rashford hanya memerlukan 13 minit untuk membuka tirai jaringan.
Pemain Manchester United itu menerima hantaran pendek daripada pemain tengah, Ruben Loftus-Cheek, sebelum melepaskan rembatan padu dari jarak 30 ela untuk membuatkan penjaga gol, Keylor Navas, terpaku melihat bola menerjah ke dalam gawang.
Lapan minit kemudian, Jamie Vardy hampir melebarkan kedudukan buat England apabila menyambut bola tandukan Harry Maguire tetapi kali ini Navas lebih bersedia.
Loftus-Cheek juga berpeluang untuk menambah gol buat tuan rumah pada minit ke-39 apabila bola sepakan sudut Fabian Delph yang ditanduk Maguire tepat singgah ke pemain muda Chelsea itu, namun penyudahnya mengecewakan.
Bersambung babak kedua, England terus melancarkan asakan untuk memburu gol kedua tetapi Costa Rica yang dikendalikan oleh Oscar Ramirez cemerlang bertahan.
Navas sekali lagi bertindak cemerlang apabila menafikan percubaan voli daripada Jordan Henderson pada minit ke-56 sebelum Bryan Oviedo menyelamatkan bola tandukan Maguire di atas garisan gol.
Dua pemain gantian, Danny Welbeck dan Dele Alli, akhirnya menamatkan penantian England untuk meraih gol kedua apabila pergerakan dua bintang tersebut membolehkan penggempur Arsenal itu meletakkan nama dalam senarai penjaring pada minit ke-76.
Alli yang bijak membawa bola masuk ke dalam kotak penalti melepaskan satu hantaran lintang yang tenang disambut Welbeck menerusi tandukan terbang untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan ia kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
England bakal memulakan saingan Piala Dunia 2018 pada 19 Jun ini menentang Tunisia di Volgograd Arena bagi aksi pertama Kumpulan G manakala Costa Rica masih mempunyai satu lagi perlawanan persahabatan bertemu Belgium pada Khamis depan, sebelum memulakan saingan di Russia.
Penulis Jemputan
Thu Jun 07 2018


Kelayakan Euro 2024: England lupakan khidmat Marcus Rashford, Nick Pope
Marcus Rashford dan Nick Pope tidak dapat meneruskan komitmen bersama England bagi menghadapi kempen kelayakan Euro 2024 menentang Itali dan Ukraine akibat kecederaan.

UEL: Manchester United tepati ramalan ke suku akhir atasi Real Betis
Marcus Rashford menjaringkan gol tunggal untuk Manchester United meraih kemenangan 1-0 ke atas Real Betis, sekali gus layak ke suku akhir Liga Europa (UEL) dengan agregat 5-1.

EPL: Ten Hag dinamakan Pengurus Terbaik Bulanan
Erik ten Hag dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan Februari, sekali gus melengkapkan dua gelaran buat Manchester United selepas Marcus Rashford turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan baru-baru ini.

UEL: Rashford gembira United hapus mimpi ngeri Anfield
Marcus Rashford menekankan kepentingan kemenangan Manchester United dalam Liga Europa ke atas Real Betis selepas kekalahan kepada Liverpool.

UEL: Antony, Fernandes bantu kemudi United temui rentak kemenangan
Manchester United kembali ke landasan dengan kemenangan 4-1 ke atas Real Betis pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Europa di Old Trafford.

UEL: Tiada siapa sempurna -- Ten Hag, Rashford pertahan Fernandes
Erik ten Hag melabel Bruno Fernandes sebagai 'inspirasi' ketika pengurus Manchester United itu membela naib kaptennya selepas mendapat kritikan ekoran kekalahan dibelasah Liverpool Ahad lalu.

Marcus Rashford: Kekalahan buruk bukan gambaran sebenar musim Manchester United
Marcus Rashford mahu memastikan kekalahan 0-7 Manchester United kepada Liverpool bukanlah gambaran sebenar musim yang sedang mereka harungi sambil menyeru rakan sepasukannya agar mempercayai proses perkembangan mereka.

Piala EFL: Ten Hag belum pasti Rashford beraksi di final
Erik ten Hag tidak pasti jika Marcus Rashford akan sempat cergas untuk beraksi dalam perlawanan akhir Piala EFL untuk Manchester United.

Rashford mahu teruskan rentak jaringan bersama Man Utd
Marcus Rashford tidak berniat untuk 'menurunkan' momentum selepas meneruskan prestasi menjaringkan golnya yang mengagumkan dalam kemenangan 3-0 Manchester United ke atas Leicester City semalam.

Rashford memukau dalam kedewasaan
Suatu ketika dahulu, kesemua pengurus yang pernah mengendalikan Manchester United gagal menentukan bagaimanakah caranya untuk menyerlahkan sepenuhnya potensi seorang pemain bernama Marcus Rashford.

'I don't know when I'll play again' – Nadal casts doubt on Monte Carlo comeback
The Monte Carlo Masters was earmarked as the tournament for Rafael Nadal to make his comeback, but that may not be the case.

Timberwolves 'playing every game like it is our last' – Gobert
The Minnesota Timberwolves beat the Sacramento Kings to climb above the Golden State Warriors into the Western Conference's sixth seed.

'That's what he does' – Kidd hails dazzling Doncic display as Mavs snap losing steak
The Dallas Mavericks took full advantage of Luka Doncic's rescinded technical in their 127-104 victory over the Indiana Pacers on Monday.

Rumour Has It: Tuchel pushes for Tottenham's Kane as Bayern Munich's top priority
The Thomas Tuchel era is just beginning in Munich, and the new boss reportedly wants to make Harry Kane his centrepiece up top.

Jokic joins elite company with another 20/15/10, Dallas keep play-in hopes alive
Monday was Nikola Jokic's 10th 20-point, 15-rebound, 10-assist game of the season, joining Wilt Chamberlain and Oscar Robertson in the feat.

Rybakina extends winning streak to 11, Pegula and Sabalenka advance into Miami Open quarter-finals
The Miami Open favourites advanced without much issue on Monday, with no match going the full three sets.

High seeds Auger-Aliassime, Hurkacz and Tiafoe all fall in Miami Open third round
Felix Auger-Aliassime was given his marching orders in a big upset on Monday, while it was not smooth sailing for Stefanos Tsitsipas either.

Deschamps: Maignan save 'worth a goal'
France claimed a hard-fought win over Republic of Ireland thanks to a Benjamin Pavard stunner and a remarkable Mike Maignan stop.

Giannis and Holiday out for Milwaukee against the Pistons, Dragic to return
The Bucks will be missing Giannis Antetokounmpo and Jrue Holiday on Monday as they welcome back Goran Dragic after a six-week injury.

Koeman criticises 'sloppy' Netherlands after meagre Gibraltar win: 'The level has to go up'
Ronald Koeman expected more from his Netherlands side, who converted just three of their 50 shots on goal against minnows Gibraltar.