Bintang Manchester United, Marcus Rashford, memilih Bali, Indonesia sebagai destinasi percutiannya untuk bertemu bekas rakan sepasukan Jesse Lingard setelah tidak disenaraikan dalam skuad England ke saingan EURO 2024.

Selain itu, pemain Paris Saint-Germain, Marco Asensio dan bekas pemain Chelsea, Thiago Silva, turut memilih Bali sebagai lokasi percutian sebelum bermulanya saingan liga nanti.



Liga Perdana Inggeris 2024/2025 (EPL) bakal membuka tirainya pada 16 Ogos selepas takhta musim sebelumnya berjaya dikekalkan oleh kelab kendalian Pep Guardiola, Manchester City, untuk empat musim berturut-turut.