Gareth Southgate menganggap adalah tidak masuk akal untuk bereksperimentasi secara berlebihan ketika England menuju ke Hampden Park untuk menghadapi seteru lama, Scotland, dalam perlawanan persahabatan awal pagi esok.

Kedua-dua pasukan berada di puncak kelayakan Euro musim panas akan datang apabila bakal mengadakan pertemuan sempena perlawanan antarabangsa tertua edisi ke-116 dunia.

Southgate melihat aksi ujian pertama England sejak Mac 2022 itu sebagai langkah penting sebagai proses pembelajaran buat anak buahnya yang masih segar dengan keputusan seri 1-1 ketika diikat Ukraine, kelmarin.

Scotland memenangi lima perlawanan terakhir mereka dengan tiket di Hampden Park sudah habis dijual dan ketua jurulatih berusia 53 tahun itu sedar dia perlu mendapatkan keseimbangan yang tepat terhadap barisan pemainnya kelak.

"Kami perlu mencari keseimbangan yang tepat dalam soal kesegaran fizikal. Kami mempunyai persiapan yang kurang dari sehari jadi pengalaman saya pula mengatakan bahawa beberapa pemain pula beraksi dengan baik," katanya.


“Jadi, sebenarnya ia satu perkara biasa yang dijangkakan ketika mewakili England.

“Tetapi saya fikir perkara pertama ialah kami tidak boleh bereksperimen kerana kami akan bertemu pasukan handalan yang akan berada di tahap yang tinggi dan memberikan kami cabaran peringkat tinggi.

"Jadi anda tidak boleh terlalu merombak pasukan kerana ia tidak masuk akal."